SKIM PINJAMAN PERUMAHAN KAKITANGAN KERAJAAN
Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan.
Syarat-syarat asas:
- Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Warganegara Malaysia
- Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
- Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
- Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
- Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
- Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Kelayakan Pinjaman
Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong / Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut: