Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. menjemput dan mengalu-alukan individu atau syarikat yang berminat untuk bekerjasama melalui:

Penjualan Lot Tanah Persendirian

Jika anda memiliki lot untuk dijual di sekitar Selangor, Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. boleh membantu dengan menawarkan lot tanah anda kepada bakal pelanggan kami. Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. tidak akan mengenakan sebarang bayaran atau meminta komisyen daripada tuan tanah. Pada masa yang sama, tuan tanah juga berhak menjual lot tanah beliau kepada individu lain.

Proses Pecah Lot

Jika anda memiliki sebidang tanah dan ingin melakukan proses pecah lot tetapi tiada pengalaman dan modal, kami sedia membantu anda. Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. akan menguruskan proses pecah lot meliputi pertukaran syarat tanah pertanian kepada pembangunan, penyelesaian tanah pusaka (jika ada), pembahagian lot tanah dan lain-lain proses yang terlibat.