KONTRAK, BAYARAN DAN WARANTI

Adakah syarikat akan mengeluarkan kontrak bagi dipersetujui bersama?

Pihak kami akan mengeluarkan satu kontrak kerja yang akan ditandatangani oleh pihak pelanggan, seorang saksi, wakil syarikat. Kontrak tersebut juga akan di matikan setem supaya kontrak tersebut adalah sah di sisi undang-undang (legally bind). Butiran kontrak adalah telus dan mudah difahami serta melindungi kedua-dua belah pihak. Kos mengeluarkan kontrak akan ditanggung oleh kami, manakala wang duti setem ditanggung oleh pelanggan (kecuali pihak pelanggan menginginkan lantikkan peguam, yuran guaman perlu ditanggung oleh pelanggan).

Satu salinan kontrak akan diserahkan kepada pelanggan sebagai rujukan. Untuk melihat contoh kontrak, sila klik link berikut:

https://legacy.ibsfocus.my/contoh-perjanjian/

Apakah yang terkandung dalam kontrak?

Butiran-butiran mengenai tanggungjawab kontraktor, pelanggan dan juga terma-terma yang dirasakan perlu dan berkaitan dengan kerja tapak ada dimuatkan didalam kontrak.

Segala butiran spesifikasi kerja, tempoh jangka masa kerja, waranti, progress bayaran dan lain-lain butiran akan dilampirkan sekali dalam kontrak sebagai rujukan dan asas bagi kontrak tersebut.

Adakah syarikat mengenakan deposit bayaran?

Pelanggan perlu membuat bayaran deposit 10% selepas tandatangan kontrak. Selebihnya adalah dalam bentuk progress seperti terkandung dalam kontrak yang dipersetujui bersama.

Bagaimana bayaran perlu dibuat dan bila masa perlu dibayar?

Pihak kami menerima bayaran dalam bentuk cek, bank in dan juga wang tunai (tidak digalakkan bagi nilai lebih RM10,000). Pihak syarikat akan mengeluarkan invois bayaran kepada pelanggan bagi membuat bayaran, dan resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak syarikat. Tempoh bayaran perlu dibuat dalam masa 7 hari selepas invois bayaran dikeluarkan (ada terkandung didalam kontrak).

Segala bentuk bayaran, pertambahan kerja (addendum) dan juga sebarang pemberitahuan akan pihak kami maklumkan kepada pelanggan dalam bentuk surat menyurat supaya pihak pelanggan tidak perlu rasa khuatir dan risau sekiranya terdapat sebarang bayaran tersembunyi dikenakan.

Waranti syarikat, apa yang dilindungi?

Waranti syarikat kami terbahagi kepada dua, iaitu waranti kemasan dan waranti struktur.

Waranti kemasan adalah waranti bagi kerja baik pulih kemasan rumah. Sekiranya berlaku kebocoran paip, atap bocor, plug tidak berfungsi, warna cat pudar, tile tertanggal, keretakan plaster dan lain-lain melibatkan kemasan, pihak akan datang memperbaiki kerosakkan tersebut secara percuma. Kebiasaannya, waranti akan diberi selama setahun bagi rumah yang dibina, dan enam bulan bagi renovasi.

Waranti struktur pula melibatkan struktur rumah. sekiranya berlaku keretakan pada struktur, kegagalan struktur rumah, pihak kami akan bertanggungjawab dan baik pulih akan dilakukan. Bagi rumah yang kami bina, kebiasannya waranti struktur diberi selama satu tahun dan kerja renovasi selama enam bulan.

Waranti hanya meliputi kerja yang dilakukan oleh kami sahaja dan sub kontraktor dibawah kami. Waranti kami tidak meliputi bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh. Waranti juga tidak meliputi akibat kecuaian pihak ketiga yang merosakkan kerja yang telah kami lakukan.

BINAAN RUMAH

Lokasi diterima bagi kerja binaan rumah.

Untuk pembinaan satu unit rumah, pihak kami hanya menerima kerja binaan di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja. Pihak kami tidak mempunyai kemudahan logistik untuk melakukan kerja di luar kawasan tersebut.

Harga bagi kerja binaan yang dilakukan.

Pihak kami akan memberi sebutharga kepada pelanggan selepas perbincangan pertama secara bersemuka. Harga yang diberi kepada pelanggan dalam perbualan telefon atau menerusi email hanyalah anggaran sahaja.

Untuk memberi sebutharga yang tepat, pihak kami perlu melihat pelan bagi rumah yang ingin dibina terlebih dahulu serta lokasi bagi kerja binaan tersebut.

Tidak mempunyai pelan tetapi ingin mengetahui harga bagi anggaran bajet.

Sekiranya pihak pelanggan tidak mempunyai pelan, pihak kami masih boleh memberi bajet secara kasar kepada pelanggan kami dengan mendapat gambaran kasar luas rumah yang ingin dibina serta material yang ingin digunakan.

Membuat pelan bagi pelanggan yang tiada pelan rumah.

Bagi pelanggan yang tidak mempunyai pelan, pihak kami boleh membantu untuk mendapatkan pelan rumah. Sila hubungi pihak kami dan kami akan bantu mengikut konsep yang dimahukan serta bajet pelanggan kami. Bagi sebarang kerja binaan rumah, pelan rumah adalah penting, ini kerana sekiranya tiada pelan, kerja binaan tidak boleh dijalankan.

Pelan rumah terbahagi kepada 3 jenis iaitu pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan struktur.

Apakah itu pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan struktur?

Pelan Lakaran

Pelan lakaran atau schematic drawing adalah pelan konsep yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan untuk di tunjuk kepada pelanggan. Lukisan tersebut dalam bentuk pandangan atas dan dalam bentuk 3 dimensi bergantung kepada permintaan pelanggan. Pihak kami akan membawa pelan lakaran tersebut untuk dibincang bersama pelanggan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ingin dilakukan.

Pelan Arkitek

Pelan arkitek atau architectural drawing adalah pelan yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan setelah pelan lakaran yang dibincang bersama pelanggan telah dipersetujui. Pelan tersebut akan disahkan oleh seorang arkitek profesional (mengikut keperluan). Sekiranya terdapat lagi perubahan yang ingin dilakukan setelah pelan arkitek dikeluarkan, kos untuk membuat perubahan di dalam pelan tersebut adalah tinggi, oleh itu pelanggan dinasihatkan supaya berbincang dan meneliti pelan lakaran terlebih dahulu  bersama kami sebelum pelan arkitek dikeluarkan.

Pelan Struktur

Pelan struktur akan dikeluarkan setelah pelan arkitek siap. Pelan struktur adalah pelan yang diperlukan oleh kontraktor (pihak kami) untuk membuat struktur rumah. Pelan struktur tersebut akan disahkan oleh seorang jurutera professional.

Kos bagi mendapatkan pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan strukur.

Kos bagi pelan tersebut adalah bergantung kepada keluasan binaan yang ingin dibina dan juga konsep rumah yang diinginkan pelanggan. Sebagai rujukan, bagi rumah berkeluasan dalam 3,000 kps, kos bagi mengeluarkan pelan-pelan tersebut adalah dalam lingkungan RM 6,000.00 (harga tidak termasuk dengan urusan untuk mendapatkan kelulusan pelan dengan Majlis Daerah).

Harga tersebut adalah harga yang dikenakan oleh pihak konsultan, pihak kami tidak mengambil sebarang keuntungan dalam urusan tersebut kerana ini hanyalah servis yang kami sediakan kepada pelanggan kami.

Kelulusan pelan binaan rumah dari Majlis Daerah/Perbandaran.

Bagi mendapatkan kelulusan pelan dari pihak Majlis, pihak konsultan kami boleh membantu menyelesaikannya. Pihak kami tidak membuat urusan bagi mendapatkan kelulusan, ini kerana pihak Majlis hanya membenarkan pihak konsultan untuk membuat urusan tersebut.

Terdapat banyak jabatan yang perlu dilalui sebelum surat kelulusan dikeluarkan (melalui sehingga 13 jabatan bagi sesetengah Majlis), ini menyebabkan kos adalah tinggi dan juga mengambil masa yang lama sebelum mendapat kelulusan.

Bagi pelanggan yang ingin membuat pinjaman perumahan dari pihak bank ataupun kerajaan dan ingin memiliki rumah persendirian mempunyai CF, prosedur ini perlu dilakukan. (Bagi pelanggan yang memiliki status tanah pertanian, proses penukaran status tanah perlu dilakukan terlebih dahulu)

Membuat pinjaman perumahan bagi membina rumah persendirian.

Bagi membuat pinjaman perumahan untuk binaan rumah persendirian, penyediaan pelan rumah serta kelulusan dari pihak Majlis adalah perlu.

Pihak bank/pembiaya memerlukan dokumen-dokumen tersebut serta sebutharga (dalam bentuk bill of quantity (BQ)) dari pihak kontraktor, evaluation report dari juruukur bahan (quantity surveyor/QS) dokumen kontrak diantara kontraktor dan pelanggan serta profail syarikat kontraktor. Pihak kami boleh membantu pelanggan untuk menyediakan dokumen kontrak serta sebut harga untuk di hantar kepada pihak bank. sekiranya pihak bank memerlukan laporan QS, pelan perlu disiapkan terlebih dahulu (bayaran plaporan QS perlu dijelaskan oleh pelanggan) Sekiranya tiada lagi pelan dan kelulusan pelan belum dilakukan, pihak kami juga boleh membantu.

Terkini : Buat masa ini, kami tidak menyediakan servis urusan pinjaman perumahan. Sila berurusan terus dengan pegawai bank yang terlibat.

Membuat pinjaman peribadi bagi pembinaan rumah persendirian.

Bagi pelanggan yang menggunakan pinjaman peribadi untuk binaan rumah, kelulusan pelan tidak perlu dilakukan terlebih dahulu kerana bagi pinjaman peribadi, pihak bank tidak memerlukan sebarang pengesahan untuk kelulusan pelan.

Harga bagi urusan pelan terlalu tinggi, apa yang boleh dilakukan?

Sememangya, ramai pelanggan kami didalam dilema yang sama kerana harga bagi urusan pelan adalah terlalu tinggi. Adalah tidak berbaloi untuk membina rumah yang berharga RM150,000 tetapi bayaran bagi urusan pelan beserta kelulusan mencecah RM20,000.

Sekiranya kediaman yang ingin dibina di dalam kawasan perkampungan dan pihak pelanggan ingin membuat rumah menggunakan pinjaman peribadi atau menggunakan wang simpanan dan tidak kisah sekiranya rumah tersebut tidak memiliki CF kerana hanya berniat untuk diduduki dan bukan untuk dijual, serta tidak berniat untuk menginsurankan rumah tersebut, urusan bagi pelan tersebut boleh diabaikan.

Dengan itu pihak pelanggan hanya perlu menyediakan pelan arkitek tanpa perlu pengesahan dari arkitek bertauliah (AR) dan pihak kami boleh membantu menyediakan pelan struktur untuk binaan tersebut (bagi rumah setingkat bersaiz kurang 2,000 kps sahaja dan ia bukan pelan yang disahkan oleh jurutera profesional). Kos bagi pelan arkitek dari pelukis pelan hanyalah RM2,000 bagi sebuah rumah berkeluasan 2,000 kps (harga berdasarkan pelukis pelan lantikkan kami).

Pihak kami menyarankan untuk pembinaan rumah 2 tingkat atau rumah berkeluasan lebih 2,000 kps perlu mendapatkan pelan arkitek dan struktur yang sah.

Jika mahukan kelulusan pelan tetapi tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak?

Terdapat cara yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan pelan kelulusan tetapi dengan kos yang rendah.

Pihak pelanggan boleh menanyakan pada pihak PBT kaki persegi minima yang dibenarkan untuk tidak menghantar bagi mendapatkan CF, jika tidak melibatkan CF dan hanya melibatkan kelulusan pelan mengikut kaki persegi minima, kos kelulusan adalah lebih rendah (pastikan tanah milik anda telah siap infrastruktur, milik sendiri dan bukan tanah pertanian, jika tidak ia memakan masa dan kos yang tinggi)..

Tetapi selalunya syarat pihak bank bagi membuat pinjaman memerlukan CF rumah. Jika ia melibatkan CF, pelukis pelan/ konsultan tetap mengenakan caj standard.

UBAHSUAI

Lokasi yang diterima bagi kerja renovasi.

Buat masa ini bagi kerja renovasi, syarikat kami hanya boleh menerima permintaan di sekitar Klang, Puncak Alam dan Shah Alam. Bagi kerja ubahsuai kurang dari RM20,000 pihak kami hanya menerima permintaan di kawasan sekitar Meru sahaja.

Kami tidak dapat untuk melakukan kerja di luar kawasan tersebut kerana masalah logistik dan menjaga kualiti kerja. Ini kerana bagi kerja renovasi, tumpuan dan penyeliaan kerja adalah lebih rumit dari membina rumah sebuah.

Mengambil upah kerja sahaja.

Pihak kami tidak menyediakan khidmat upah sahaja kecuali bagi pemasangan peralatan khas rumah yang kami renovasi atau bina.

Berdasarkan pengalaman kami, khidmat mengambil upah adalah sukar dan sering kali berlaku pertikaian antara pelanggan dan kontraktor kerana masalah kelewatan barang sampai, kelewatan pelanggan membuat pembelian barangan kerja, pelanggan kurang arif pembelian barangan yang ingin diguna dan lain-lain yang mengakibatkan harga binaan dan upah lebih tinggi dari penjimatan yang ingin dilakukan oleh pelanggan. Kos ditanggung kontraktor juga meningkat disebabkan kelewatan tersebut kerana gaji pekerja tetap perlu dibayar walaupun tiada kerja yang boleh dilakukan kerana kekurangan barangan kerja.

Pihak kami mengambil barang dan alatan dari pihak pembekal kami yang memberikan harga istimewa kepada kami kerana membeli dalam kuantiti yang banyak, oleh itu pihak kami dapat memberi penjimatan yang lebih kepada pelanggan kami.

Barangan kemasan seperti tile dan cat dibeli oleh pelanggan.

Harga yang kami berikan kepada pelanggan telah merangkumi segala material termasuk kemasan seperti cat , tile, alatan tandas dan sinki.

Sekiranya pelanggan ingin membekalkan barangan tersebut, pihak kami akan memberikan rebat kepada pelanggan dengan menolaknya dari keseluruhan harga kerja. Pihak kami akan memaklumkan bajet yang kami beri bagi setiap alatan tersebut kepada pelanggan.

Hanya bagi kerja tile pihak kami tidak benarkan ia dibeli terus oleh pelanggan. ini kerana sekiranya berlaku kekurangan tile tersebut atau lebihan belian, pihak pelanggan terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membeli lebih tile atau pembaziran kerana telah terlebih beli.

Bagi tile, pihak kami telah menyediakan bajet yang telah ditetapkan, pihak pelanggan boleh mencari tile tersebut di ledai-kedai tile mengikut pilihan sendiri atau pergi ke kedai tile pembekal kami diiringi oleh kami untuk mendapatkan kadar harga diskaun tile tersebut. Pihak pelanggan hanya perlu menulis no siri tile tersebut sahaja dan harganya, pihak kami akan ke kedai tersebut dan membuat pembelian. Dengan cara ini, pihak pelanggan tidak perlu menanggung kerugian terlebih beli atau terkurang beli tile tersebut dan pihak kami yang akan menguruskan hal pembelian.

Sekiranya tile dibeli melebihi bajet yang telah ditetapkan, pelanggan hanya perlu menambah kos harga tile tersebut sahaja. Pihak kami akan memaklumkan keseluruhan harga bajet tile yang diberi kepada pelanggan sebelum pembelian tile di buat bagi mengelakkan pelanggan curiga nilai bajet yang kami beri.

Pertambahan kerja.

Sebarang pertambahan kerja binaan akan diberikan sebutharga kepada pelanggan untuk dinilai. setelah perbincangan, addendum akan dikeluarkan sebagai tanda persetujuan dan akan dimasukkan kedalam progress bayaran.

Segala perkara berkaitan bayaran akan disertakan dalam bentuk surat sebagai rujukan kepada pelanggan kami. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian pada masa akan datang antara pelanggan dan pihak kami.