Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. menyediakan khidmat konsultasi kepada pelanggan dan bersama-sama merancang, menterjemahkan dan memajukan rekabentuk rumah idaman yang bertepatan dengan bajet dan citarasa pelanggan. Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. menjanjikan keunikan bagi setiap rekabentuk yang dihasilkan.

PROSES REKABENTUK:

  • Rekabentuk skematik
    • Melakar rekabentuk awalan berdasarkan brif projek yang diterima daripada pelanggan.
    • Pembentangan rekabentuk awalan kepada pelanggan.
    • Maklumbalas daripada pelanggan berkaitan rekabentuk.
    • Semakan semula rekabentuk.
    • Rekabentuk skematik muktamad.
  • Pembangunan Rekabentuk
    • Pembangunan rekabentuk awalan adalah pembangunan rekabentuk skematik dengan mengambilkira maklumat dan keperluan teknikal.
    • Penghalusan rekabentuk iaitu perincian pelan lantai,ketinggian dan keratan rentas.
    • Tujuan perincian rekabentuk ini adalah bagi memudahkan kerja bina di tapak bina.
  • Ilustrasi 3D
    • Mahligai Idaman juga menyediakan khidmat ilustrasi lukisan 3D sebagai pakej tambahan atas permintaan pelanggan
    • Ilustrasi 3D ini dapat membantu pelanggan untuk melihat dengan lebih jelas lagi rekabentuk keseluruhan rumah.
    • Lukisan Ilustrasi 3D juga sangat berkesan bagi membantu pelanggan berimaginasi untuk memberi sebarang idea penambahbaikan rekabentuk.
  • Dokumen Pembinaan (Blueprint) 
    • Lukisan Kejuruteraan- Pelan Tapak, pelan lokasi,pelan lantai,pelan bumbung, keratan  rentas,pandangan,pelan siling.
    • Lukisan Elektrikal- Pelan elektrikal,pelan lampu.
    • Lukisan Mekanikal –pelan paipbekalan air,pelan paip pembentungan.