Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. menyediakan khidmat konsultasi kepada pelanggan dan bersama-sama merancang, menterjemahkan dan memajukan rekabentuk rumah idaman yang bertepatan dengan bajet dan citarasa pelanggan. Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd. menjanjikan keunikan bagi setiap rekabentuk yang dihasilkan.
PROSES REKABENTUK:
- Rekabentuk skematik
- Melakar rekabentuk awalan berdasarkan brif projek yang diterima daripada pelanggan.
- Pembentangan rekabentuk awalan kepada pelanggan.
- Maklumbalas daripada pelanggan berkaitan rekabentuk.
- Semakan semula rekabentuk.
- Rekabentuk skematik muktamad.
- Pembangunan Rekabentuk
- Pembangunan rekabentuk awalan adalah pembangunan rekabentuk skematik dengan mengambilkira maklumat dan keperluan teknikal.
- Penghalusan rekabentuk iaitu perincian pelan lantai,ketinggian dan keratan rentas.
- Tujuan perincian rekabentuk ini adalah bagi memudahkan kerja bina di tapak bina.
- Ilustrasi 3D
- Mahligai Idaman juga menyediakan khidmat ilustrasi lukisan 3D sebagai pakej tambahan atas permintaan pelanggan
- Ilustrasi 3D ini dapat membantu pelanggan untuk melihat dengan lebih jelas lagi rekabentuk keseluruhan rumah.
- Lukisan Ilustrasi 3D juga sangat berkesan bagi membantu pelanggan berimaginasi untuk memberi sebarang idea penambahbaikan rekabentuk.
- Dokumen Pembinaan (Blueprint)
- Lukisan Kejuruteraan- Pelan Tapak, pelan lokasi,pelan lantai,pelan bumbung, keratan rentas,pandangan,pelan siling.
- Lukisan Elektrikal- Pelan elektrikal,pelan lampu.
- Lukisan Mekanikal –pelan paipbekalan air,pelan paip pembentungan.