Blog

Wakil rakyat, bersyukurlah, elaun sudah banyak

blank

“KITA lalu jalan bertol kena bayar tol, tapi depa dapat elaun tol. Datang mesyuarat saja ‘pung pang pung pang’ cakap merapu pun dapat elaun. Cucuk sana sini bagi rakyat bergaduh, pun dapat elaun. Itu pun ada yang bising gaji tidak cukup?”

Itu antara reaksi rakyat apabila ada pula wakil rakyat mendakwa hidup susah. Gaji tidak cukup. Terpaksa membuat pinjaman bank dan berhutang.

Banyak sebenarnya kalau hendak disebutkan cakap-cakap dan rungutan rakyat tentang tindakan atau perangai ahli politik di negara ini. Tidak kiralah daripada parti pembangkang atau kerajaan. Tak perlu pergi ke kedai kopi atau restoran mamak untuk mendengar cerita rakyat. Tengok saja di media sosial. Sudah cukup.

Lihatlah apabila ada saja wakil rakyat atau ahli politik mengeluarkan kenyataan di media sosial yang bukan-bukan atau bercanggah dengan tindakan yang dijanjikan, ramai yang bagi emoji ketawa atau marah.

Mereka ini tidak dibayar untuk memilih tanda suka, ketawa atau marah. Itu adalah isyarat benar daripada rakyat.

Dan tidak perlu juga mana-mana parti politik membayar berpuluh ribu ringgit untuk melantik organisasi penyelidik membuat tinjauan dan dapatan tentang sokongan rakyat terhadap kerajaan atau parti lawan. Mahu tahu mana kawasan hitam, putih atau kelabu.

Sebabnya, tidak perlu pun menunggu menjelang pilihan raya, kita boleh saksikan trend dalam media sosial, parti mana yang paling banyak dikecam, bersedialah untuk kecundang. Itu adalah suhu bacaannya.

Perlu diingat, disebabkan sindrom penafian bahawa kecaman dan kemarahan rakyat di media sosial tidak menggambarkan sokongan sebenar rakyat keseluruhan inilah yang membuat Barisan Nasional tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dan kini pula apabila ada wakil rakyat yang menyentuh hal gaji mereka tidak mencukupi dalam menabur bakti kepada rakyat, tentulah ramai yang tidak bersimpati apatah lagi kasihan kerana elaun mereka saja sudah boleh kalahkan gaji pokok.

Kalau rakyat marhaen merungut kerana gaji rendah, selalunya ahli politik meminta rakyat bersyukur atau bersabar. Rakyat diminta melihat keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Tetapi apabila wakil rakyat yang sudah ada macam-macam elaun termasuk elaun pinggan mangkuk bising gaji tidak cukup, cepat saja mahu dicadang, dikaji dan dinaikkan lagi.

Maka apabila Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini memberi penjelasan dalam satu kenyataan bahawa wakil rakyat negara ini mendapat RM30,000 hingga RM40,000 sebulan tentulah ini amat menghairankan betapa ada wakil rakyat yang mengadu gaji tidak cukup.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap ahli parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.

Antara elaun dan tuntutan rasmi yang boleh diperoleh seorang ahli parlimen adalah elaun dan tuntutan tugas rasmi dalam negara, elaun hadir persidangan sehari RM400 serta elaun mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)/Jawatankuasa Pilihan Khas RM300 sehari (semasa parlimen tidak bersidang).

Ia turut membabitkan elaun ahli PAC sebanyak RM250 sehari (semasa parlimen bersidang); Elaun mesyuarat RM300 sehari sekiranya hadir ke sesi taklimat rasmi, elaun hidup harian RM100 sehari dan elaun dibayar mengikut kehadiran ke dewan atau perjalanan melebihi 32 kilometer bagi tugas rasmi selain urusan dewan.

Maknanya, bergerak saja mereka bermesyuarat atau berjumpa rakyat, dibayar. Bukan kerja sukarela. Jadi, ada kerja, adalah pelbagai elaun menunggu. Macam mana pula kata tidak cukup?

Mungkin kalau tiada tuntutan, tiada pergerakan, itu bermakna wakil rakyat berkenaan tidak bekerja? Jika diteliti terlalu banyak elaun yang mereka terima yang sepatutnya menjadikan mereka lebih bersyukur dan rajin bekerja.

Hadir ke sesi persidangan dewan Parlimen pun dapat elaun. Itupun ada yang ponteng. Walhal bukan perlu memandu sendiri. Ini menunjukkan apalah sangat jumlah elaun sebanyak itu kepada mereka.Sedangkan bagi rakyat marhaen, elaun yang wakil rakyat terima dalam sehari bersidang dan menghadiri taklimat rasmi itu adalah duit minyak kenderaan mereka atau duit dapur dalam sebulan.

Dalam pada itu, ada juga wakil rakyat yang bekerja biasa-biasa saja. Ada yang membuat laporan berdasarkan laporan pemimpin kawasan atau ketua kampung. Kemudian diangkat ke pihak negeri atau pusat. Tak turun padang pun bertanya khabar penduduk atau masalah. Semuanya dilakukan oleh pembantu dan kemudiannya boleh pula mendabik dada memperjuangkan nasib rakyat?

Sepatutnya keistimewaan yang diperoleh melalui elaun-elaun ini membuatkan mereka memikul tanggungjawab sebagai ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dengan penuh bersemangat dan bersyukur.

Perdana Menteri sendiri turut menasihatkan setiap ahli parlimen untuk bijak mengurus soal kewangan selain sentiasa memikir dan mengutamakan rakyat yang menerima pendapatan jauh lebih rendah daripada mereka

Ini tentunya berbeza sikap sebelum dilantik menjadi wakil rakyat. Apa sudah jadi dengan cakap-cakap mahu membela nasib rakyat, membantu rakyat dan memperjuangkan kebajikan rakyat kalau dengan RM30,000 hingga RM40,000 dapat dalam sebulan masih banyak ‘bunyi’.

Sebab itu, kita tidak boleh melihat kepada ramahnya calon pilihan raya ketika turun padang, memasak, mencuci balai raya atau menziarah orang sakit. Apabila sudah menang, bayang pun tidak nampak. Drama dan auta ini, sepatutnya rakyat sudah terlalu faham. Bagaimanapun, tidak semua begitu. Ada

Yang Berhormat turun padang dan rakyatnya sentiasa mencarinya untuk mengadu masalah. Ada YB yang rakyatnya dilihat begitu selesa bercakap dan mengadu dengannya. Tiada protokol dan disenangi oleh penduduk di kawasannya.

Ini adalah cabaran kepada kerajaan Madani dan juga parti pembangkang dalam memastikan setiap wakil rakyatnya berfungsi dan mendapat kepercayaan ramai.

Tak usahlah bising-bising pasal gaji. Rakyat masih dibelenggu kenaikan kos sara hidup, dengan gaji minimum RM1,700 yang masih tidak dipatuhi oleh majikan dan gaji tidak setimpal dengan kelayakan akademik, itu yang harus diperjuangkan.

PENULIS ialah Pengarang Berita Kanan Mingguan Malaysia.


blank
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source

Kontraktor Bina Rumah IBS

LPPSA Kelayakan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rumah Kontena Pinjaman LPPSA Rumah Pasang Siap Kontena Murah Rumah Kabin Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjamana Perumahan Kerajaan Loan LPPSA Untuk Beli Rumah Kelayakan LPPSA Rumah Kontena Pasang Siap Rumah Pasang Siap Malaysia Rumah IBS Malaysia Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor LPPSA Loan Kontraktor Rumah Kontraktor Rumah IBS Kontraktor Rumah IBS Di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali‎ Kontraktor Bina Rumah di Klang‎ Kontraktor Bina Rumah di 16 Sierra, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Ampang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Balakong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Bangi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Klang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Selayang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Botanic Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 1, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Tinggi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Country Homes Kontraktor Bina Rumah di Bandar D’Alpinia, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Mahkota Cheras Kontraktor Bina Rumah di Bandar Nusa Rhu Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puchong Utama, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Putra Permai Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rasa Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rinching Kontraktor Bina Rumah di Bandar Saujana Utama Kontraktor Bina Rumah di Bandar Seri Putra Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Buaya Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Long Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sunway Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Bandar Tasik Kesuma Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teknologi Kajang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Bandar UtamaKontraktor Bina Rumah di Banting Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Batu 9 Cheras Kontraktor Bina Rumah di Batu Arang Kontraktor Bina Rumah di Bernam Jaya Kontraktor Bina Rumah di Bukit Antarabangsa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Beruntung Kontraktor Bina Rumah di Bukit Gasing Kontraktor Bina Rumah di Bukit Komanwel Kontraktor Bina Rumah di Bukit Lanjan Kontraktor Bina Rumah di Bukit Raja Kontraktor Bina Rumah di Bukit RimauKontraktor Bina Rumah di Bukit Sentosa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tagar Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tampoi Kontraktor Bina Rumah di Country Heights Kontraktor Bina Rumah di Damansara Damai Kontraktor Bina Rumah di Damansara Intan Kontraktor Bina Rumah di Damansara Jaya Kontraktor Bina Rumah di Damansara Perdana Kontraktor Bina Rumah di Damansara Utama Kontraktor Bina Rumah di Denai Alam Kontraktor Bina Rumah di Dengkil Kontraktor Bina Rumah di Dusun Tua Kontraktor Bina Rumah di Gombak SetiaKontraktor Bina Rumah di I-City Kontraktor Bina Rumah di Kajang Kontraktor Bina Rumah di Kalumpang Kontraktor Bina Rumah di Kampung Jenderam Hilir Kontraktor Bina Rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam Kontraktor Bina Rumah di Kelana Jaya Kontraktor Bina Rumah di Kinrara Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di Kota Damansara Kontraktor Bina Rumah di Kuala Kubu Bharu Kontraktor Bina Rumah di Kuang Kontraktor Bina Rumah di Kwasa Damansara Kontraktor Bina Rumah di Lembah Beringin Kontraktor Bina Rumah di Mutiara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Pandan Indah Kontraktor Bina Rumah di Pelabuhan Klang Kontraktor Bina Rumah di Pinggiran Cyberjaya Kontraktor Bina Rumah di Puchong, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Bangi Kontraktor Bina Rumah di Rawang, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sungai Rinching Kontraktor Bina Rumah di Sabak, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sekinchan Kontraktor Bina Rumah di Selayang Kontraktor Bina Rumah di Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Serendah Kontraktor Bina Rumah di Seri Kembangan Kontraktor Bina Rumah di Subang Bestari Kontraktor Bina Rumah di Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Taman Tasik Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Tanjung Sepat Kontraktor Bina Rumah di Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Teluk Panglima Garang Kontraktor Bina Rumah di Tropicana Kontraktor Bina Rumah di UEP Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ulu Yam Kontraktor Bina Rumah di Gombak Kontraktor Bina Rumah di Hulu Langat Kontraktor Bina Rumah di Hulu Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Langat Kontraktor Bina Rumah di Kuala Selangor Kontraktor Bina Rumah di Petaling Jaya Kontraktor Bina Rumah di Sabak Bernam Kontraktor Bina Rumah di Sepang Kontraktor Bina Rumah di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Lumpur Kontraktor Bina Rumah di Shah Alam Kontraktor Bina Rumah di Kapar Kontraktor Bina Rumah di Meru Kontraktor Bina Rumah di Puncak Alam Kontraktor Rumah Bina Rumah Pinjaman LPPSA Pengeluaran Kwsp Spesifikasi Rumah Rumah IBS Pelan Rumah Rekabentuk Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kontraktor Rumah Selangor Rumah Banglo Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Johor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Terengganu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Perak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri MelakaBina Rumah Atas Tanah Sendiri Negeri Sembilan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Loan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021 Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah SendiriBina Rumah Bawah 100k Kelantan Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah 2022 Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Pengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Bina Rumah Murah Kontraktor Bina Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Bajet 50k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Bina Rumah Bajet 30k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Bajet 10k Bina Rumah Bajet 50k Selangor Bina Rumah SendiriBantuan Bina Rumah Atas Tanah SendiriKos Bina Rumah 2022Kos Bina Rumah 20×30 Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah SendiriPengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Kalkulator Bina Rumah Sendiri Pengeluaran Kwsp Untuk Bina Rumah Loan LPPSA Untuk Bina Rumah Kos Bina Rumah Bajet Kos Bina Rumah Kampung Bina Ayat Rumah Tangga Binatang Di Dinding Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pinjaman LPPSA Ubahsuai Rumah Pinjaman LPPSA Beli Rumah Pinjaman LPPSA Bina Rumah Pinjaman LPPSA Untuk Beli Tanah Pinjaman LPPSA Untuk Bina Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pertanian Pinjaman LPPSA Jenis 5 Pinjaman LPPSA Atau Bank Semak Baki Pinjaman LPPSA Semakan Baki Pinjaman LPPSA Semak Baki Pinjaman LPPSA Sms Jenis Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Kelayakan Pinjaman LPPSA Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Bina Rumah Borang Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Pinjaman Perumahan LPPSA Pinjaman Ubahsuai Rumah LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Pinjaman Perumahan LPPSA Vs Bank Pinjaman Bank Ke LPPSA Pinjaman Bersama LPPSA Pengiraan Kos Bina Rumah Sendiri Cara Jimat Buat Rumah Sendiri Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Pengalaman Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Kos Bina Rumah 20×30 Kos Bina Rumah Paling Murah 2022 Harga Upah Tukang Rumah 2022 Kos Bina Rumah Kampung Kos Bina Rumah Bajet Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kalkulator Bina Rumah Sendiri Rate Loan Rumah Kelayakan Loan Rumah Pinjaman Perumahan Public Bank Interest Bank Loan Rumah 2023 Interest Loan Rumah 2023 Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah Cara Kira Interest Loan Rumah Bank Loan Rumah Terbaik Interest Bank Loan Rumah Public Bank Loan Rumah Affin Bank Loan Rumah Letter Offer Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Calculator Hong Leong Bank Loan Rumah Mbsb Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Cimb Bank Loan Rumah Agrobank Loan Rumah Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah Bank Rakyat Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Bank Terbaik Untuk Loan Rumah Bank Call Untuk Pengesahan Loan Rumah Bank Muamalat Loan Rumah Bank Yang Mudah Lulus Loan Rumah Bank Akan Call Untuk Loan Rumah Bank Mbsb Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Contact Number LPPSA

0
  Related Posts
  • No related posts found.

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X