Blog

Popular di usia muda, kejar bakat atau glamor?

Ghairah mengejar populariti dan kekayaan di usia yang muda, industri seni hiburan mungkin boleh dianggap sebagai lubuk emas buat mereka yang menanam sasaran sedemikian.

Dilihat sebagai jalan mudah untuk meraih mimpi menjadi insan terkenal, ramai anak-anak muda generasi kini juga seakan tidak peduli dengan profesion profesional lain yang kebiasaannya menjadi impian dan harapan para ibu bapa.

Apatah lagi, industri juga tidak pernah menutup atau mengehadkan peluang buat orang-orang muda untuk meneroka kreativiti atas nama seni.

Bagaimanapun, apa sebenarnya yang ingin dikejar oleh anak-anak muda yang meletakkan sasaran untuk masuk ke dalam undustri seni ini?

Adakah benar-benar mahu ‘menjual’ bakat? Atau sekadar mahu mengejar glamor semata-mata? Berikut antara pandangan yang dikongsikan oleh beberapa artis muda ini.

KAJANG, 2 Februari 2023 – Sidang media dan Pelancaran Album Sissy Iman di Istana Ayahanda, Sungai Merab Luar di sini, hari ini.
FOTO – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA – HANISAH

Saya pun masih bergelut dalam industri – Sissy Iman

Terbuka menyambut kehadiran dan meraikan bakat-bakat baharu yang cuba meneroka bidang seni dan menjadikannya sebagai kerjaya, penyanyi dan komposer, Sissy Iman, 28, mengakui tidak semua laluan itu mudah.

Berdasarkan pengalaman sendiri, kata Sissy, mengukir nama sebagai seorang anak seni ada kesukaran dan cabaran tersendiri meskipun sedar di mata kebanyakan orang, golongan artis ini disangka mahu mengejar glamor semata.

“Saya pun sampai sekarang masih bergelut untuk melonjakkan dan membina nama pada tahap lebih tinggi. Apatah lagi, kalau kita tengok artis-artis baharu pun semakin ramai yang bijak memasang strategi dan mempelbagaikan bakat dan kemahiran mereka.

“Kita yang sedia ada dalam industri seni ini pun kena juga cuba berusaha lebih untuk membina penjenamaan semula. Itu adalah apa yang sedang saya buat sekarang.

“Kalau sebelum ini orang cuma kenal saya sebagai penyanyi minus one, sekarang saya nak buat persembahan bersama band dan mahu muncul dengan bermain alat muzik sama ada gitar atau piano.

“Kita kena selalu cari cara untuk buat lebih ramai orang ingat pada kita dan itu sebab saya katakan, ia bukan satu laluan yang mudah,”katanya.

Mengakui selama ini tujuannya memasuki dunia seni hiburan kerana mahu menjual bakat, kata Sissy, glamor atau populariti adalah perkara kemudian yang mungkin terlintas di fikirannya.

Bagaimanapun, Sissy juga sedar dalam keterujaan meneroka sebarang peluang dan potensi, gelanggang seni ini tidak pernah cuma menjanjikan keindahan dan kemanisan semata.

“Apa-apa sahaja pun akan ada sisi positif dan negatif. Sedangkan ubat pun ada positif dan negatifnya. Kalau ambil terlalu berlebihan nanti ia boleh memudaratkan.

“Sama juga dalam industri ini. Pendek kata kita yang kena pandai mengawal apa yang kita boleh kawal sebab kita tak boleh nak ubah industri yang sememangnya telah begitu.

“Kita yang kena ubah diri sendiri dan paling penting, kena tahu apa yang kita nak buat dan hala tuju dalam industri. Jika tidak, akan mudah hanyut dan terjebak kepada perkara-perkara yang tidak baik,”katanya.

Bukan semua orang boleh jadi artis – Arieff Yong

Penglibatan pencipta kandungan media sosial dan penyampai radio, Arieff Yong, 29, dalam bidang lakonan bukan untuk mengejar populariti atau kekayaan.

Sebaliknya, pembabitan Arieff Efenddy Yong dalam bidang itu adalah atas keinginannya untuk mencuba pelbagai bidang.

“Saya bukan pelakon yang bagus kerana tak ada asas berlakon. Mungkin saya sekarang hanya pada tahap ‘suam-suam kuku’.

“Tapi saya percaya, kemahiran lakonan saya akan terasah sekiranya saya aktif berlakon. Dan saya tidak akan menolak sekiranya perlu menghadiri kelas lakonan.

“Saya bersedia menjadi seorang pelakon sebab saya tak mahu dikenali sebagai pempengaruh. Semua orang boleh jadi pempengaruh, tetapi bukan semua boleh jadi artis,” katanya.

Kata Arieff, sebagai pencipta kandungan yang baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan, dia tidak berhak meletakkan caj bayaran yang tinggi apabila ditawarkan berlakon.

“Berbeza dengan pelakon sedia ada, pencipta kandungan atau pempengaruh tiada asas dalam lakonan. Jadi golongan ini tidak ada hak untuk ‘tekan harga’. Melainkan penerbit juga mahu gunakan populariti pempengaruh atau pencipta kandungan itu untuk mempromosikan drama atau filem mereka.

“Harus diketahui, penerbit bayar berdasarkan mutu lakonan. Mereka akan rugi kalau pelakon tak bagi persembahan yang mereka inginkan.

“Sebab itu, saya tak demand harga. Lainlah kalau penerbit yang mahu bayar tinggi. Saya terima sahaja, Alhamdulillah,” jelasnya.

Tak mahu lekas patah semangat – Danial Kifli

Penyanyi muda, Danial Kifli, 21, mengakui, bukan mudah untuk mengekalkan kedudukan dalam bidang seni memandangkan persaingan akan sentiasa wujud di kalangan penggiat seni kreatif tanah air.

Bagaimanapun, sekiranya tidak kerana pertaruhan minat dan bakat, Danial meramalkan dirinya mungkin tidak akan memilih bidang ini yang tentunya mempunyai arus cabaran luar biasa.

“Saya memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi daripada usia yang sangat muda. Bagi saya, itu adalah cara terbaik kerana daripada awal kita mempunyai masa yang lebih untuk memasang strategi dan menentukan hala tuju untuk tahun-tahun mendatang.

“Tidak sedikit pun timbul rasa penyesalan memulakan langkah dari sekarang. Cuma adakala, saya akui, bergelut juga dengan emosi dan perasaan bimbang sekiranya gagal mengemudikan kerjaya ini dengan baik.

“Sebelum ini pun, pernah sahaja saya berada di fasa putus asa kerana menganggap lagu yang saya hasilkan tidak mendapat sambutan. Tetapi sebenarnya, saya salah. Adakala kehangatan lagu itu untuk didengar oleh peminat dan pendengar, ia bergantung kepada masa dan proses,”katanya.

Bukan mahu mengejar glamor semata, kata Danial, dia percaya populariti akan datang dengan sendirinya jika seseorang artis itu bijak membawa diri dalam industri selain tahu ‘bermain’ dengan strategi penjenamaan dan pemasaran diri.

“Mula-mula mungkin kita belum cukup ilmu, tetapi kita jangan terus diam berpeluk tubuh. Harus ada inisiatif sendiri untuk meningkatkan potensi dan bakat dalam diri. Jika tidak, macam mana nak dikenali ramai.

“Satu lagi, saya fikir jangan malu untuk meraih pengalaman dan ilmu daripada senior-senior yang ada dalam industri seni.

“Kita belajar daripada pengalaman mereka dan saya juga percaya, senior juga tidak akan kedekut nak kongsikan ilmu jika kita sendiri menunjukkan kesungguhan,”katanya.

Dalam pada itu, Danial berkata, sebagai pendatang baharu banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuk untuk bersaing secara sihat dengan penyanyi lain.

“Saya artis baharu, sudah pasti cabaran itu ada. Tetapi menerusi single berjudul Pergilah Cinta yang saya hasilkan sebelum ini menjadi batu loncatan untuk saya pergi lebih jauh.

“Saya sedar ramai yang lebih bagus dalam industri ini, ada juga yang BBNU lebih baik. Namun tak mustahil untuk berjaya jika saya memberanikan diri untuk meneroka bidang ini dan berusaha menghasilkan karya-karya lebih bermutu,”katanya.

Ambil tahu, jangan kena tipu- Bunga

Memasuki industri hiburan pada usia 19 tahun dan masih bergelar seorang mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), penyanyi, Bunga, mengakui terkejut ketika pertama kali berhadapan dengan kecaman daripada warganet.

Bukan itu sahaja, sewaktu usia setahun jagung bergelar artis, Bunga mengakui belum tahu bagaimana cara berhadapan dengan soalan peribadi yang diajukan tepat ke wajahnya.

Oleh itu, penyanyi Sudah Kahwin Ke Belum itu meminta pendatang baru agar bersedia memiliki hati yang kental untuk berhadapan dengan situasi yang boleh menguji emosi.

“Waktu itu saya masih ‘budak’. Sedang mencari cara bagaimana mahu membawa diri dalam industri. Barulah saya tahu, rupanya kita kena bijak susun ayat dan berlapik agar kita tidak dilihat keterlaluan sewaktu menjawab soalan diajukan.

“Saya juga masih ingat bagaimana terkejutnya menerima komen negatif daripada banyak orang di media sosial. Mana tidaknya, sebelum ini lingkaran sosial hanya kawan-kawan yang saya kenal sahaja,” katanya.

Bukan itu sahaja, Bunga tidak menafikan terdapat rakan sebayanya yang mengalami insiden pernah ditipu oleh beberapa pihak termasuklah pengurus peribadi sendiri.

“Saya juga masih tergolong sebagai artis baru. Tapi apa yang boleh saya kongsikan jika ada yang mahu memasuki industri tolonglah buat kajian dan tahu hak anda. Kena ambil tahu agar tidak jadi mangsa penipuan.

“Saya tidak pernah berhadapan dengan masalah penipuan, tapi ada kawan-kawan yang duit mereka disauk oleh pengurus sendiri atau hak mereka dimanipulasi. Jadi, berhati-hatilah.

“Selain itu, kena selalu rendah diri. Walaupun kita tidak bercakap, tapi bahasa tubuh kita boleh melambangkan sesuatu. Kena bijak membawa diri kerana industri ini sangat kecil. Cerita kita akan sampai ke mana-mana,” katanya.

Tak kesal sebab tak popular – Jaja Iliyes

PELAKON, Jaja Iliyes, 28, memaklumkan tidak kesal sekiranya namanya tidak popular atau dilabel pelakon ‘suam-suam kuku’.

Kata Jaja, niatnya menjadi pelakon adalah untuk mencari pendapatan dan bukan mengejar populariti. Justeru dia tidak ralat sekiranya masyarakat tidak menyedari kehadirannya dalam industri seni tanah air.

“Ada beza, jadi pelakon sebab nak terkenal dan sebab mahu cari rezeki. Saya golongan yang mahu cari rezeki. Bukan hendak terkenal. Jadi saya tak rasa ralat kalau orang tak kenal saya.

“Tuhan dan tentukan rezeki saya dalam bidang ini. Saya pun tak pernah jangka sebab dalam keluarga, saya seorang sahaja yang jadi pelakon.

“Jadi saya anggap kehadiran saya dalam dunia seni adalah untuk bekerja, bukan kejar populariti dan nama,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Jaja atau nama sebenarnya Siti Hajar Iliyes menolak kontroversi untuk menaikkan nama dalam industri seni.

“Saya tak perlukan kontroversi sebab saya nak jaga nama baik keluarga. Bahkan sebelum melangkah ke dalam dunia seni, bapa saya pernah berpesan agar jaga nama baik keluarga.

“Saya pegang nasihat itu dan sampai sekarang saya jaga sebaiknya nama baik keluarga meskipun berkecimpung dalam dunia hiburan,” kongsinya.



kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source

Kontraktor Bina Rumah IBS

LPPSA Kelayakan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rumah Kontena Pinjaman LPPSA Rumah Pasang Siap Kontena Murah Rumah Kabin Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjamana Perumahan Kerajaan Loan LPPSA Untuk Beli Rumah Kelayakan LPPSA Rumah Kontena Pasang Siap Rumah Pasang Siap Malaysia Rumah IBS Malaysia Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor LPPSA Loan Kontraktor Rumah Kontraktor Rumah IBS Kontraktor Rumah IBS Di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali‎ Kontraktor Bina Rumah di Klang‎ Kontraktor Bina Rumah di 16 Sierra, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Ampang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Balakong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Bangi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Klang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Selayang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Botanic Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 1, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Tinggi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Country Homes Kontraktor Bina Rumah di Bandar D’Alpinia, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Mahkota Cheras Kontraktor Bina Rumah di Bandar Nusa Rhu Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puchong Utama, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Putra Permai Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rasa Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rinching Kontraktor Bina Rumah di Bandar Saujana Utama Kontraktor Bina Rumah di Bandar Seri Putra Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Buaya Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Long Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sunway Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Bandar Tasik Kesuma Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teknologi Kajang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Bandar UtamaKontraktor Bina Rumah di Banting Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Batu 9 Cheras Kontraktor Bina Rumah di Batu Arang Kontraktor Bina Rumah di Bernam Jaya Kontraktor Bina Rumah di Bukit Antarabangsa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Beruntung Kontraktor Bina Rumah di Bukit Gasing Kontraktor Bina Rumah di Bukit Komanwel Kontraktor Bina Rumah di Bukit Lanjan Kontraktor Bina Rumah di Bukit Raja Kontraktor Bina Rumah di Bukit RimauKontraktor Bina Rumah di Bukit Sentosa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tagar Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tampoi Kontraktor Bina Rumah di Country Heights Kontraktor Bina Rumah di Damansara Damai Kontraktor Bina Rumah di Damansara Intan Kontraktor Bina Rumah di Damansara Jaya Kontraktor Bina Rumah di Damansara Perdana Kontraktor Bina Rumah di Damansara Utama Kontraktor Bina Rumah di Denai Alam Kontraktor Bina Rumah di Dengkil Kontraktor Bina Rumah di Dusun Tua Kontraktor Bina Rumah di Gombak SetiaKontraktor Bina Rumah di I-City Kontraktor Bina Rumah di Kajang Kontraktor Bina Rumah di Kalumpang Kontraktor Bina Rumah di Kampung Jenderam Hilir Kontraktor Bina Rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam Kontraktor Bina Rumah di Kelana Jaya Kontraktor Bina Rumah di Kinrara Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di Kota Damansara Kontraktor Bina Rumah di Kuala Kubu Bharu Kontraktor Bina Rumah di Kuang Kontraktor Bina Rumah di Kwasa Damansara Kontraktor Bina Rumah di Lembah Beringin Kontraktor Bina Rumah di Mutiara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Pandan Indah Kontraktor Bina Rumah di Pelabuhan Klang Kontraktor Bina Rumah di Pinggiran Cyberjaya Kontraktor Bina Rumah di Puchong, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Bangi Kontraktor Bina Rumah di Rawang, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sungai Rinching Kontraktor Bina Rumah di Sabak, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sekinchan Kontraktor Bina Rumah di Selayang Kontraktor Bina Rumah di Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Serendah Kontraktor Bina Rumah di Seri Kembangan Kontraktor Bina Rumah di Subang Bestari Kontraktor Bina Rumah di Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Taman Tasik Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Tanjung Sepat Kontraktor Bina Rumah di Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Teluk Panglima Garang Kontraktor Bina Rumah di Tropicana Kontraktor Bina Rumah di UEP Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ulu Yam Kontraktor Bina Rumah di Gombak Kontraktor Bina Rumah di Hulu Langat Kontraktor Bina Rumah di Hulu Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Langat Kontraktor Bina Rumah di Kuala Selangor Kontraktor Bina Rumah di Petaling Jaya Kontraktor Bina Rumah di Sabak Bernam Kontraktor Bina Rumah di Sepang Kontraktor Bina Rumah di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Lumpur Kontraktor Bina Rumah di Shah Alam Kontraktor Bina Rumah di Kapar Kontraktor Bina Rumah di Meru Kontraktor Bina Rumah di Puncak Alam Kontraktor Rumah Bina Rumah Pinjaman LPPSA Pengeluaran Kwsp Spesifikasi Rumah Rumah IBS Pelan Rumah Rekabentuk Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kontraktor Rumah Selangor Rumah Banglo Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Johor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Terengganu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Perak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri MelakaBina Rumah Atas Tanah Sendiri Negeri Sembilan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Loan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021 Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah SendiriBina Rumah Bawah 100k Kelantan Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah 2022 Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Pengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Bina Rumah Murah Kontraktor Bina Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Bajet 50k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Bina Rumah Bajet 30k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Bajet 10k Bina Rumah Bajet 50k Selangor Bina Rumah SendiriBantuan Bina Rumah Atas Tanah SendiriKos Bina Rumah 2022Kos Bina Rumah 20×30 Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah SendiriPengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Kalkulator Bina Rumah Sendiri Pengeluaran Kwsp Untuk Bina Rumah Loan LPPSA Untuk Bina Rumah Kos Bina Rumah Bajet Kos Bina Rumah Kampung Bina Ayat Rumah Tangga Binatang Di Dinding Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pinjaman LPPSA Ubahsuai Rumah Pinjaman LPPSA Beli Rumah Pinjaman LPPSA Bina Rumah Pinjaman LPPSA Untuk Beli Tanah Pinjaman LPPSA Untuk Bina Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pertanian Pinjaman LPPSA Jenis 5 Pinjaman LPPSA Atau Bank Semak Baki Pinjaman LPPSA Semakan Baki Pinjaman LPPSA Semak Baki Pinjaman LPPSA Sms Jenis Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Kelayakan Pinjaman LPPSA Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Bina Rumah Borang Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Pinjaman Perumahan LPPSA Pinjaman Ubahsuai Rumah LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Pinjaman Perumahan LPPSA Vs Bank Pinjaman Bank Ke LPPSA Pinjaman Bersama LPPSA Pengiraan Kos Bina Rumah Sendiri Cara Jimat Buat Rumah Sendiri Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Pengalaman Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Kos Bina Rumah 20×30 Kos Bina Rumah Paling Murah 2022 Harga Upah Tukang Rumah 2022 Kos Bina Rumah Kampung Kos Bina Rumah Bajet Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kalkulator Bina Rumah Sendiri Rate Loan Rumah Kelayakan Loan Rumah Pinjaman Perumahan Public Bank Interest Bank Loan Rumah 2023 Interest Loan Rumah 2023 Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah Cara Kira Interest Loan Rumah Bank Loan Rumah Terbaik Interest Bank Loan Rumah Public Bank Loan Rumah Affin Bank Loan Rumah Letter Offer Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Calculator Hong Leong Bank Loan Rumah Mbsb Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Cimb Bank Loan Rumah Agrobank Loan Rumah Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah Bank Rakyat Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Bank Terbaik Untuk Loan Rumah Bank Call Untuk Pengesahan Loan Rumah Bank Muamalat Loan Rumah Bank Yang Mudah Lulus Loan Rumah Bank Akan Call Untuk Loan Rumah Bank Mbsb Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Contact Number LPPSA

0
  Related Posts
  • No related posts found.

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X