

“DAH tua-tua ini kena kawal dan jaga pemakanan. Nanti kalau selalu sakit tak pasal-pasal kita tak boleh kerja lagi. Kena bersara awal. Hutang rumah, kereta, kad kredit ada banyak lagi ini,” kata seorang kawan sambil menghirup teh tarik gelas besar.
Dua keping roti canai di depannya masih belum dijamah dan dia sudah bertanyakan kepada pekerja restoran mamak di situ, mana mee goreng ayamnya masih belum sampai-sampai lagi.
Saya fikir bab-bab jaga makan ini, bercakap memang mudah, mengawal itu yang payah. Dalam usia tua pun, masih ramai yang celik-celik mata saja, fikir pasal makan.
Tetapi saya bersetuju dalam usia 50-an ke atas sudah sepatutnya kita lebih berhati-hati memilih makanan pula kerana fasa memilih kerja sudah lama berlalu. Ketika usia sebegini kesihatan adalah segala-galanya.
Bagaimanapun, kata kawan saya itu, dia setakat ini masih belum diserang penyakit ‘tiga serangkai’ atau apa-apa yang kronik. Demam atau selesema itu biasa.
Katanya, dia mahu bekerja sehingga usia persaraan 60 tahun, selepas itu walaupun ditawarkan kerja kontrak kerana kepakarannya dalam bidang peruncitan di sebuah pasar raya besar di Cheras, dia tidak mahu. Baik meniaga kecil-kecilan. Pada usia tua, dia mahu hidup tenang-tenang saja.
Tetapi pada masa sama, dia berazam mahu menyelesaikan segala hutang piutangnya menjelang usia persaraan kerana tidak mahu serabut dengan bebanan hutang dan dapat menikmati saki baki wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hal-hal kesihatan dan diri sendiri.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Beliau yang menyuarakan pandangan peribadinya berkata, adalah satu kerugian apabila individu diwajibkan bersara pada usia 60 tahun sedangkan mereka masih bertenaga dan produktif serta berupaya menyumbang kepada tenaga kerja.
“Mungkin kerajaan boleh pertimbang umur 65 tahun. Ini pandangan peribadi saya, bukan pandangan Kabinet. Ada pegawai yang kami temui masih muda (jiwanya) dan aktif. Cuma mereka sudah capai umur 60 tahun,” kata Azalina.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diminta media mengulas cadangan itu berkata, menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun wajar diberikan perhatian dan pertimbangan.
Beliau menekankan, perlunya kajian menyeluruh, termasuk implikasi kewangan, jumlah penduduk, dan peluang pekerjaan baharu, sebelum keputusan dibuat.
Di Malaysia, persaraan wajib bagi penjawat awam pada masa ini ditetapkan pada usia 60 tahun. Ini juga usia persaraan minimum bagi pekerja sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
Di negara jiran, Singapura umur persaraan dinaikkan daripada 63 kepada 64 tahun bermula 1 Julai tahun hadapan. Di Thailand pula 55 tahun, tetapi ada cadangan untuk menaikkan usia itu kepada 65 tahun manakala di Indonesia umur persaraan 58 tahun pada tahun lalu dan akan meningkat setahun untuk setiap tiga tahun, sehingga 65 tahun pada 2043.
Menurut World Economic Forum, Norway merupakan antara negara yang meletakkan had umur pada usia 67 tahun manakala Arab Saudi pula pada 47 tahun untuk usia layak bersara.
Ramai yang memberikan pelbagai komen tentang kenyataan Azalina – yang banyak adalah tak akan sudah bertongkat pun mahu pergi ke pejabat? Nampak lagikah skrin komputer? Ramai yang mempertikaikan kesihatan pekerja dalam usia sebegini. Bolehkah lagi memandu datang ke pejabat, anak hantarkah?
Ada juga yang berkata, dalam usia 65 tahun ke atas adalah lebih baik jadi ‘geng surau’ atau masjid. Pada saya, tidak perlu tunggu usia 65 baru hendak fokus amal ibadah dan rajin ke masjid. Kita boleh ‘dipanggil’ pergi pada bila-bila masa. Tidak kira tua atau muda.
Memang dalam usia 50 ke atas, dikaitkan dengan segala macam penyakit dan keupayaan. Bagaimanapun, macam mana yang masih sihat dan boleh menyumbang kepakarannya dalam syarikat? Itu yang Azalina tekankan.
Tetapi yang kita lebih bimbangkan, tempoh persaraan yang semakin mahu dipanjangkan ini akan menyekat peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan graduan institut pengajian tinggi untuk mengisi jawatan dalam sektor awam.
Sekarang ini mereka hanya berpeluang bekerja di sektor awam melalui program MySTEP dalam tempoh tertentu sahaja dengan tiada kenaikan gaji walaupun dilanjutkan tempoh perkhidmatan itu.
Graduan yang menyertai MySTEP walaupun menunjukkan prestasi baik ketika bekerja tidak boleh diserap terus ke jawatan tetapi perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kemasukan sekiranya ada kekosongan.
Akhirnya di pejabat kerajaan tetap dibarisi muka-muka lama manakala yang muda pula memang ada tetapi hanya bersilih ganti, datang dan pergi sebagai pekerja MySTEP.
Adakah ini dapat membantu mengurangkan pengangguran dalam kalangan anak muda jika mereka hanya dibenarkan bekerja dalam tempoh singkat sedangkan dalam sektor swasta pun susah untuk mendapatkan kerja?
Tak akanlah mereka yang muda ini jika tidak ada kerja, disarankan menjadi penghantar makanan atau membawa penumpang – menceburi e-hailing dan p-hailing sehingga mereka tua. Universiti-universiti melahirkan tenaga kerja untuk mengisi industri sebegini sajakah?
Pada masa sama, peluang untuk pekerja muda naik pangkat juga tersekat kerana terpaksa menunggu lama pekerja senior berpangkat yang tidak pencen-pencen lagi.
Namun tidak kurang juga menyokong kenyataan tersebut, sedangkan ahli politik berusia 65 tahun ke atas masih lagi mahu memegang jawatan kanan dalam parti dan Kabinet, kenapa rakyat biasa yang masih boleh bekerja dan bijak, ada had umur pula?
Dan jika ini dapat dilaksanakan, pada saya adalah lebih baik ia dibuat sebagai pilihan dan saringan kesihatan perlu dilakukan. Hanya yang sihat dan masih berupaya bekerja saja boleh bersara dalam usia 65 tahun.
Atau ditawarkan kerja secara kontrak tidak lebih dua tahun bagi yang kepakarannya sukar atau masih belum boleh diganti dengan pekerja sedia ada.
Isu umur persaraan ini macam tidak habis-habis. Ada saja yang akan mengusulkan supaya ia dinaikkan. Bila sudah dinaikkan 65 tahun nanti, percayalah akan ada permintaan 75 tahun pula, sampailah ke 100 tahun agaknya.
Macam saya katakan dalam tulisan saya sebelum ini, sehebat mana pun kita dalam satu-satu organisasi atau parti politik, kita akan dan boleh digantikan. Begitulah kitaran hidup. Kitar semula hanya perkara-perkara yang perlu saja.
PENULIS ialah Pengarang Berita Kanan Mingguan Malaysia.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
Kontraktor Bina Rumah IBS
LPPSA Kelayakan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rumah Kontena Pinjaman LPPSA Rumah Pasang Siap Kontena Murah Rumah Kabin Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjamana Perumahan Kerajaan Loan LPPSA Untuk Beli Rumah Kelayakan LPPSA Rumah Kontena Pasang Siap Rumah Pasang Siap Malaysia Rumah IBS Malaysia Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor LPPSA Loan Kontraktor Rumah Kontraktor Rumah IBS Kontraktor Rumah IBS Di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di 16 Sierra, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Ampang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Balakong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Bangi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Klang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Selayang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Botanic Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 1, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Tinggi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Country Homes Kontraktor Bina Rumah di Bandar D’Alpinia, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Mahkota Cheras Kontraktor Bina Rumah di Bandar Nusa Rhu Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puchong Utama, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Putra Permai Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rasa Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rinching Kontraktor Bina Rumah di Bandar Saujana Utama Kontraktor Bina Rumah di Bandar Seri Putra Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Buaya Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Long Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sunway Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Bandar Tasik Kesuma Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teknologi Kajang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Bandar UtamaKontraktor Bina Rumah di Banting Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Batu 9 Cheras Kontraktor Bina Rumah di Batu Arang Kontraktor Bina Rumah di Bernam Jaya Kontraktor Bina Rumah di Bukit Antarabangsa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Beruntung Kontraktor Bina Rumah di Bukit Gasing Kontraktor Bina Rumah di Bukit Komanwel Kontraktor Bina Rumah di Bukit Lanjan Kontraktor Bina Rumah di Bukit Raja Kontraktor Bina Rumah di Bukit RimauKontraktor Bina Rumah di Bukit Sentosa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tagar Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tampoi Kontraktor Bina Rumah di Country Heights Kontraktor Bina Rumah di Damansara Damai Kontraktor Bina Rumah di Damansara Intan Kontraktor Bina Rumah di Damansara Jaya Kontraktor Bina Rumah di Damansara Perdana Kontraktor Bina Rumah di Damansara Utama Kontraktor Bina Rumah di Denai Alam Kontraktor Bina Rumah di Dengkil Kontraktor Bina Rumah di Dusun Tua Kontraktor Bina Rumah di Gombak SetiaKontraktor Bina Rumah di I-City Kontraktor Bina Rumah di Kajang Kontraktor Bina Rumah di Kalumpang Kontraktor Bina Rumah di Kampung Jenderam Hilir Kontraktor Bina Rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam Kontraktor Bina Rumah di Kelana Jaya Kontraktor Bina Rumah di Kinrara Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di Kota Damansara Kontraktor Bina Rumah di Kuala Kubu Bharu Kontraktor Bina Rumah di Kuang Kontraktor Bina Rumah di Kwasa Damansara Kontraktor Bina Rumah di Lembah Beringin Kontraktor Bina Rumah di Mutiara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Pandan Indah Kontraktor Bina Rumah di Pelabuhan Klang Kontraktor Bina Rumah di Pinggiran Cyberjaya Kontraktor Bina Rumah di Puchong, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Bangi Kontraktor Bina Rumah di Rawang, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sungai Rinching Kontraktor Bina Rumah di Sabak, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sekinchan Kontraktor Bina Rumah di Selayang Kontraktor Bina Rumah di Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Serendah Kontraktor Bina Rumah di Seri Kembangan Kontraktor Bina Rumah di Subang Bestari Kontraktor Bina Rumah di Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Taman Tasik Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Tanjung Sepat Kontraktor Bina Rumah di Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Teluk Panglima Garang Kontraktor Bina Rumah di Tropicana Kontraktor Bina Rumah di UEP Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ulu Yam Kontraktor Bina Rumah di Gombak Kontraktor Bina Rumah di Hulu Langat Kontraktor Bina Rumah di Hulu Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Langat Kontraktor Bina Rumah di Kuala Selangor Kontraktor Bina Rumah di Petaling Jaya Kontraktor Bina Rumah di Sabak Bernam Kontraktor Bina Rumah di Sepang Kontraktor Bina Rumah di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Lumpur Kontraktor Bina Rumah di Shah Alam Kontraktor Bina Rumah di Kapar Kontraktor Bina Rumah di Meru Kontraktor Bina Rumah di Puncak Alam Kontraktor Rumah Bina Rumah Pinjaman LPPSA Pengeluaran Kwsp Spesifikasi Rumah Rumah IBS Pelan Rumah Rekabentuk Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kontraktor Rumah Selangor Rumah Banglo Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Johor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Terengganu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Perak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri MelakaBina Rumah Atas Tanah Sendiri Negeri Sembilan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Loan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021 Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah SendiriBina Rumah Bawah 100k Kelantan Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah 2022 Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Pengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Bina Rumah Murah Kontraktor Bina Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Bajet 50k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Bina Rumah Bajet 30k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Bajet 10k Bina Rumah Bajet 50k Selangor Bina Rumah SendiriBantuan Bina Rumah Atas Tanah SendiriKos Bina Rumah 2022Kos Bina Rumah 20×30 Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah SendiriPengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Kalkulator Bina Rumah Sendiri Pengeluaran Kwsp Untuk Bina Rumah Loan LPPSA Untuk Bina Rumah Kos Bina Rumah Bajet Kos Bina Rumah Kampung Bina Ayat Rumah Tangga Binatang Di Dinding Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pinjaman LPPSA Ubahsuai Rumah Pinjaman LPPSA Beli Rumah Pinjaman LPPSA Bina Rumah Pinjaman LPPSA Untuk Beli Tanah Pinjaman LPPSA Untuk Bina Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pertanian Pinjaman LPPSA Jenis 5 Pinjaman LPPSA Atau Bank Semak Baki Pinjaman LPPSA Semakan Baki Pinjaman LPPSA Semak Baki Pinjaman LPPSA Sms Jenis Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Kelayakan Pinjaman LPPSA Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Bina Rumah Borang Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Pinjaman Perumahan LPPSA Pinjaman Ubahsuai Rumah LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Pinjaman Perumahan LPPSA Vs Bank Pinjaman Bank Ke LPPSA Pinjaman Bersama LPPSA Pengiraan Kos Bina Rumah Sendiri Cara Jimat Buat Rumah Sendiri Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Pengalaman Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Kos Bina Rumah 20×30 Kos Bina Rumah Paling Murah 2022 Harga Upah Tukang Rumah 2022 Kos Bina Rumah Kampung Kos Bina Rumah Bajet Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kalkulator Bina Rumah Sendiri Rate Loan Rumah Kelayakan Loan Rumah Pinjaman Perumahan Public Bank Interest Bank Loan Rumah 2023 Interest Loan Rumah 2023 Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah Cara Kira Interest Loan Rumah Bank Loan Rumah Terbaik Interest Bank Loan Rumah Public Bank Loan Rumah Affin Bank Loan Rumah Letter Offer Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Calculator Hong Leong Bank Loan Rumah Mbsb Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Cimb Bank Loan Rumah Agrobank Loan Rumah Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah Bank Rakyat Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Bank Terbaik Untuk Loan Rumah Bank Call Untuk Pengesahan Loan Rumah Bank Muamalat Loan Rumah Bank Yang Mudah Lulus Loan Rumah Bank Akan Call Untuk Loan Rumah Bank Mbsb Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Contact Number LPPSA
MAY
2025
About the Author:
He is the Managing Director at Masjaya Eco Construction Sdn. Bhd.. It's a company carrying on the work of the construction and renovation of buildings with IBS technology (Industrial Building System) accredited by CIDB and SIRIM.