Kerajaan akan melaksanakan satu solusi bagi penggunaan petrol bersubsidi untuk pihak yang betul-betul layak bermula tahun hadapan.
Menerusi satu hantaran yang dibuat di aplikasi X, ia memaparkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata MyKad boleh digunakan sebagai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol RON95 yang disasarkan.
Rakyat Malaysia yang layak perlu mengimbas MyKad mereka di pam untuk menggunakan petrol bersubsidi tersebut.
Menerusi hantaran video tersebut, kelayakan mereka akan ditentukan melalui data yang disimpan pada pangkalan data ‘cloud’.
Seseorang pembeli akan mengimbas kad pengenalannya di ...