Blog

“Hati Pun Sudah Tiada Sepenuhnya Pada Yang Lepas”

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi perbualannya dengan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura yang membalas mesej peminatnya di Instagram.

Menerusi mesej tersebut, individu berkenaan meluahkan rasa sedih melihat Fazura menyanyi seorang diri di program di Indonesia baru-baru ini.

“Kak Faz, saya sedih tengok awak menyanyi seorang tadi. Tapi, dalam hati saya kata kuatnya awak boleh hadap seorang diri menyanyi lagu itu tanpa setitik air mata pun.

“Saya yang dengar pun sedih sampai keluar air mata. Serius awak memang kuat. Semoga awak diberi ...

Read More →

Wanita dikhuatiri lemas selepas motosikal terbabas ke sungai

ALOR SETAR: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan dalam Sungai Pendang dekat Kampung Alor Binjai, Tajar dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.54 pagi tadi.

Sebaik tiba di lokasi katanya, motosikal mangsa dilihat berada dalam sungai, berhampiran sebuah jambatan yang merentasi sungai berkenaan.

“Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 30-an disyaki terbabas ...

Read More →
blank

Sony PlayStation 5 Pro Telah Dilancarkan Secara Rasmi, Dijual Dengan Harga RM3,849

Sony PlayStation 5 (PS5) Pro kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia, di mana ia menyaksikan peningkatan teknologi pada cip pemproses, memori, dan storan berbanding model PlayStation 5 standard terdahulu.

PS5 Pro dilengkapi dengan cip AMD Ryzen Zen 2 yang mempunyai 8 teras dan 16 bebenang pemprosesan, dipadankan dengan GPU berasaskan AMD RDNA yang menawarkan kuasa 16.7 Teraflop.

Peningkatan ini hampir dua kali ganda berbanding 10.23 Teraflop yang terdapat pada PS5 biasa. Dari segi prestasi, GPU PS5 Pro kini lebih ...

Read More →
blank

“Yang Ni Tuhan Bagi Dia Semua”- Netizen Puji Hannah Delisha Karaoke Lagu Vokal Tinggi

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok memaparkan Hannah Delisha sedang menyanyikan sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi, Lady Gaga dan Bradley Cooper iaitu Shallow.

Pelakon tersebut mampu melontarkan vokal yang sangat mantap meskipun dalam keadaan bersahaja.

Kelunakan suara pelakon tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji suaranya yang tidak jemu didengari.

Netizen turut menyifatkan pelakon tersebut mempunya pakej yang lengkap sebagai seorang selebriti kerana bakat lakonan dan ...

Read More →
blank

Dadah bernilai lebih RM5.2 juta dilupuskan

MELAKA: Lebih 651 kilogram merangkumi pelbagai jenis dadah dan racun dilupuskan melalui Pelupusan Barang Kes Dadah Siri 1/2024 yang diadakan di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, barang kes yang terlibat bernilai lebih RM5.2 juta membabitkan sebanyak 1,921 kertas siasatan dari 2002 hingga 2024.

Jelasnya, proses pelupusan menggunakan khidmat Kualiti Alam Sdn. Bhd. memandangkan syarikat itu mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual.

“Barang kes yang ...

Read More →
blank

Negeri Sembilan peroleh hak cipta motif bunga lada

SEREMBAN: Negeri Sembilan kini memperoleh hak cipta bagi motif bunga lada yang sekali gus membolehkan rekaan itu dapat diguna dan dikomersialkan termasuk menerusi penciptaan pelbagai produk.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata,hak cipta eksklusif berkenaan telah diperoleh kerajaan Negeri Sembila dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan dari pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) baru-baru ini.

“Ini berita baik apabila bunga lada ini berjaya didaftarkan sebagai kepunyaan Negeri Sembilan. Ia ...

Read More →
blank

Tekap Seterika Hingga Pegawai Kadet Lecur Tahap Dua Di Dada, Penuntut UPNM Mengaku Tidak Bersalah

Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pegawai kadet mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Egusra Ali dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Saberi Othman memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang tinggi kerana kesalahan dilakukan adalah serius sehingga mangsa melecur tahap dua di ...

Read More →
blank

Kakak tuntut keadilan buat adik

PONTIAN: Seorang kakak menuntut keadilan buat adiknya yang terlibat dalam  kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta yang tiada cukai jalan dan perlindungan insuran, di Persiaran Bayu, Gelang Patah pada 30 September lalu. 

Nur Hasnizatula’ain Nordin, 34, berkata, impak kemalangan itu, adiknya Nur Hairul  Nizam Nordin, 31, yang bertugas sebagai penghantar makanan, mengalami pendarahan di kepala, patah tangan kanan selain masalah pada paru-paru yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Namun apa yang dikesalkan olehnya ialah apabila beliau ...

Read More →
blank

Pekerja ladang didakwa cabul kakak ipar, berdepan hukuman penjara,

JEMPOL: Seorang pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Bahau di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kakak iparnya dalam kejadian di Felda Gugusan Palong di sini, hujung bulan lalu.

Tertuduh berusia 24 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berusia 26 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6 petang di sebuah bilik ...

Read More →
Page 985 of 2,188 «...960970980983984985986987...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X