Menerusi satu perkongsian di Instagram Sinar, Jep Sepahtu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sari Yanti yang jatuh pada 9 November.
Dalam video berkenaan, Jep menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang menyenangkan dan menenangkan buat dirinya.
“Saya nak ambik peluang ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta saya, Sari Yanti, orang yang sangat menyenangkan, orang yang sangat menenangkan,” katanya.
Sementara itu, Jep berkata dia banyak belajar daripada Sari Yanti dalam beberapa perkara meskipun dia seorang ketua keluarga. ...