Umum mengetahui, penyanyi Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul pagi tadi selepas setahun bergelar ibu tunggal kepada empat cahaya mata.
Menerusi satu video yang dikongsikan semula di TikTok, anak sulung kepada penyanyi itu iaitu Ehmad Hadie Elfardie dilihat tidak dapat menahan sebak melihat ibunya bernikah.
Ketika majlis berlangsung, Hadie yang duduk disebelah bapa tirinya itu dilihat beberapa kali mengesat air mata ketika doa dibacakan selepas ibunya sah bergelar isteri.
Ina yang duduk di pelamin juga tidak dapat menahan sebak apabila ...