SEREMBAN: Lebih 166 tan barang kitar semula yang bernilai kira-kira RM80,000 berjaya dikumpulkan sejak bulan September tahun lalu sehingga 31 Ogos lalu menerusi Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 yang telah dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, kesemua barangan kitar semula yang secara keseluruhannya seberat 166,737.29 kilogram itu adalah menerusi penyertaan sebanyak 66 buah sekolah di negeri ini.
“Sebanyak 47 sekolah rendah dan 19 sekolah menengah telah ...