Baru-baru ini, tular berita mengenai seorang guru di sebuah sekolah terletak di Klang menjadi murid sebagai ‘mangsa’ untuk membeli insuransnya.
Pasangan suami isteri bergelar guru paksa anak murid beli insurans nyawa
Difahamkan dari laporan MalaysiaKini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor telah mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung penyalahgunaan kuasa oleh pasangan suami isteri yang juga merupakan guru di sebuah sekolah rendah yang didakwa memaksa murid untuk membeli insurans daripada mereka.