Blog

Pertama Kali Ina Naim & Suami Live Di TikTok Dapat 2 Juta Likes

Jumaat lalu, penyanyi Ina Naim kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Khairul.

Semalam, pasangan itu menjadi perhatian ramai apabila pertama kali muncul bersama dalam siaran langsung di TikTok.

“Inilah Khairul Rizal yang dikatakan datuk…belum datuk lagi,” katanya.

Sementara itu, Ina dan suami turut mengucapkan terima kasih buat pengikut yang memberikan ‘gift’ serta yang mendoakan buat mereka.

“Terima kasih mendoakan dan memberi gift kepada kami, tak elok pula nak hentikan live tapi ada masih nak beri hadiah,” katanya.

SUMBER:

Read More →
blank

“Dah Boleh Lupakan LinkedIn & Indeed..”- Lebih Membantu, Individu Kongsi Cara Cari Kerja Guna ChatGPT

Boleh dikatakan sekarang ini platform Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT semakin popular di kalangan masyarakat global untuk mendapatkan maklumat atau membantu menyelesaikan pelbagai pekerjaan.

Baru-baru ini, menerusi platform Threads, seorang individu telah berkongsikan cara untuk membantu mana-mana individu yang mahu mencari pekerjaan baharu dalam karier mereka.

Individu tersebut berkata aplikasi ChatGPT itu boleh membantu sesiapa yang ingin mencari pekerjaan yang sesuai dengan lebih pantas.

blank Read More →

blank

Bali batal penerbangan akibat ancaman gunung berapi

BALI: Beberapa penerbangan menghala ke Bali terpaksa dibatalkan berikutan asap tebal dan debu berbahaya dari gunung berapi berhampiran menyelubungi ruang udara pulau percutian itu.

Syarikat Qantas, Jetstar dan Virgin Australia menasihatkan penumpang tentang gangguan jadual penerbangan, memberi amaran abu dari Gunung Lewotobi Laki-laki menyebabkan keadaan tidak selamat untuk pesawat terbang.

Gunung berapi itu memuntahkan tiang abu sepanjang sembilan kilometer ke langit pada hujung minggu, seminggu selepas letusan besar mengorbankan 10 orang.

Biro Meteorologi Australia ...

Read More →
blank

Aligue Sports Industry sasar anjur Liga A3 di utara

PETALING JAYA: Selepas cemerlang dalam tiga edisi penganjuran Liga A3 Community di sekitar Lembah Klang, Aligue Sports Industry memasang impian untuk melebarkan penganjuran liga berkenaan ke utara tanah air.

Pengarah Operasi Aligue Sports Industry, Shilachi Rizal berkata, hasrat berkenaan akan direalisasikan selepas pihaknya menerima permintaan dan maklum balas positif daripada pasukan-pasukan di sekitar utara.

“Misi kami ada memperkasa jenama liga amatur dengan platform liga yang kompetitif yang boleh bersaing ke Liga A2, seliaan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

“Kami juga percaya, dengan wujudnya ...

Read More →
blank

“Mentua Adalah Maut Ke Ni” – Anak Takut Nak Tegur, Ibu Selamba Pakai ‘Singlet’ Tanpa Baju Dalam Depan Suami

Melalui platform X, baru-baru ini, tular satu ciapan luahan seorang wanita yang segan dan buntu dengan sikap ibunya yang seolah-olah tiada batas dengan menantu sendiri.

Ibu berpakaian mencolok mata depan menantu

Difahamkan, wanita itu dan suaminya tinggal di rumah ibunya untuk sementara waktu sebelum rumah yang dibeli oleh mereka siap.

Hal yang membuatkan dirinya kurang selesa apabila ibunya sering berpakaian mencolok mata, di mana dia memakai singlet tetapi tidak memakai baju dalam walaupun menantu ada di rumah ketika itu.

Read More →
blank

“Shuib Dah Bertahun Tak Ambil Gaji, Guna Duit Poket Sendiri Bayar Pekerja”

Pelawak dan usahawan Shuib menerima pelbagai fitnah susulan isu didenda RM17,500 kerana gagal membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja pada tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, isteri kepada pelawak itu iaitu Watie Hanifiah tampil mempertahankan suaminya dengan mengatakan Shuib sudah bertahun tidak mengambil gaji.

“Dia sudah bertahun tak ambil gaji malah setiap bulan tambah duit poket sendiri untuk bayar gaji pekerja,” katanya.

Malah, Watie berkata Shuib juga turut mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar gaji pekerja. Dalam pada itu, ...

Read More →
blank

57 peratus pemegang sijil halal babit syarikat bukan Bumiputera

PETALING JAYA: Sebanyak 57 peratus atau 5,449 syarikat yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah dalam kalangan syarikat bukan Bumiputera setakat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, berdasarkan rekod terkini, jumlah keseluruhan SPHM adalah sebanyak 9,520 syarikat.

Katanya, hanya 40 peratus atau 3,803 pemegang SPHM adalah di kalangan syarikat Bumiputera manakala tiga peratus lagi atau 268 adalah membabitkan syarikat milikan asing.

“Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengusaha Bumiputera memiliki sijil halal, ...

Read More →
blank

Ada ‘Plan’ Nak Bercuti Di Jepun? Ini 5 Hotel Di Jepun Dengan Pemandangan Gunung Fuji

Jika di Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar KLCC menjadi simbolik kepada Malaysia. Jika di Jepun, Gunung Fuji merupakan ikon kepada negara Matahari terbit itu.

Gunung setinggi 3,776 meter ini telah menarik ramai pelancong, terutamanya mereka yang datang dari luar untuk merakam gambar keindahannya kerana keunikannya yang diselimuti salji pada puncaknya.

Oleh itu, kebanyakan lokasi yang memaparkan pemandangan gunung ini dipenuhi oleh pelancong dan ada yang sanggup mencari hotel yang menawarkan pemandangan itu.

Jadi, untuk yang sedang merancang untuk ke ...

Read More →
blank

Guru Di Klang Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Nyawa Kalau Nak Jadi Pengawas Sekolah

Baru-baru ini, tular berita mengenai seorang guru di sebuah sekolah terletak di Klang menjadi murid sebagai ‘mangsa’ untuk membeli insuransnya.

Pasangan suami isteri bergelar guru paksa anak murid beli insurans nyawa

Difahamkan dari laporan MalaysiaKini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor telah mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung penyalahgunaan kuasa oleh pasangan suami isteri yang juga merupakan guru di sebuah sekolah rendah yang didakwa memaksa murid untuk membeli insurans daripada mereka.

blank

Read More →
Page 963 of 2,187 «...940950960961962963964965...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X