SEREMBAN: Perlu adanya keseimbangan daripada segi keperluan utuk universiti di negara ini berada dalam kedudukan ranking yang terbaik disamping memastikan ekosistem pendidikan secara keseluruhan di universiti itu juga berkualiti.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan menyedari keperluan untuk sesebuah university untuk mendapat pengiktirafan menerusi kedudukan ranking namun memastikan sistem pengajian berjalan dengan sebaiknya adalah penting.
“Dalam konteks ranking ini, kita perlu seimbang daripada segi keperluan negara untuk mendapat pengiktirafan ranking ...