KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited dalam memartabatkan warisan seni budaya Malaysia menerusi Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung di sini, malam tadi.
Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ia bertujuan memberi penghormatan tertinggi kepada penggiat seni tanah air yang telah menyumbang kepada industri seni budaya Malaysia.
Katanya, penganugerahan itu turut mengiktiraf kecemerlangan penggiat seni tempatan dalam pelbagai cabang seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual.
“ASN 2024 bukan sekadar anugerah tetapi sebagai platform yang mengangkat ...