TEHERAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, menyatakan kesediaan negaranya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan ketegangan antara India dan Pakistan berhubung serangan maut di Kashmir yang meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa.
“India dan Pakistan adalah jiran bersaudara kepada Iran, dengan hubungan yang berakar daripada ikatan budaya dan tamadun berabad-abad lamanya. Seperti jiran-jiran lain, kami menganggap mereka sebagai keutamaan utama kami.
“Teheran bersedia menggunakan hubungan baik di Islamabad dan New Delhi untuk mencapai persefahaman yang lebih besar pada waktu sukar ini,” kata Araqchi ...