SEREMBAN: Sekurang-kurangnya seramai 14,500 pelajar dan kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima manfaat hasil lebih RM2 juta kutipan zakat korporat dan infak daripada 25 penyumbang syarikat korporat bagi tahun ini.
Sumbangan itu diterima melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM yang kemudiannya mengagihkan kepada penerima dalam kalangan pelajar dan kakitangan menerusi ratusan program yang dianjurkan pihak university.
Pengarah PWZ USIM, Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah berkata, sumbangan zakat, wakaf dan infak yang diterima berkenaan ...