Blog

PRK Mahkota: Lebih 38 peratus mengundi hingga pukul 2 petang

KLUANG: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota masih  rendah apabila hanya 38.53 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab hingga pukul 2 petang. 

Walaupun keadaan cuaca cerah pada waktu pagi serta pergerakan pengundi lancar, namun masih ramai daripada 66,318 pengundi belum mengundi.

SPR menjangkakan lebih 60 peratus akan keluar mengundi hari ini.

Dalam pada itu, hujan lebat pada pukul 2.45 petang ini diharapkan tidak menjejaskan jumlah pengundi yang akan keluar ...

Read More →

Pelajar Orang Asli buka mata masyarakat mereka  mampu belajar tinggi Pelajar Orang Asli buka mata masyarakat mereka  mampu belajar tinggi

BANGI: Pelajar Orang Asli ingin membuka mata masyarakat bahawa menjadi orang kampung bukan sebagai halangan untuk mereka sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Seorang pelajar baharu jurusan Pendidikan Khas, Nur Akliyah Amin, 20, berkata, masih ramai beranggapan bahawa Orang Asli dan orang kelainan upaya (OKU) tidak berpeluang untuk menyambung  belajar. 

“Masih ramai Orang Asli dan orang OKU tidak dihantar ke sekolah. Saya ingin sambung belajar dalam bidang Pendidikan Khas bagi membuka mata orang ramai bahawa ...

Read More →
blank

‘Transfer Power’ Melalui Udara, Disuruh Cerai Isteri Untuk Uji Ketaatan & ‘Dihadiahkan’ Wanita Jika Setia – Antara Sisi Gelap GISBH Yang Terbongkar

Dalam pendedahan terbaru, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) menceritakan antara ajaran amalan sesat pernah dilakukan oleh GISBH.

Tulis PUKAS di FB, jemaah GISBH didoktrin agar sentiasa taksub kepada pemimpin. Setiap juzu dari badan dan sisa pemimpin dikatakan mempunyai berkat.

Nasiruddin Ali memperkenalkan ajaran baru yang belum pernah diamalkan dalam GISBH sebelum ini iaitu transfer power berkat melalui udara.

Read More →

blank

Semua premis GISBH di Selangor diarah tutup

CYBERJAYA: Kerajaan Selangor mengarahkan semua premis GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat tersebut.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, jumlah keseluruhan premis akan diketahui pada Rabu depan meliputi kesemua rumah amal dan sekolah yang disyaki milik gerakan tersebut.

Beliau namun menegaskan, setakat ini semua sekolah agama yang diuruskan organisasi itu sudah diarahkan tutup dan tindakan dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Selangor.

Bahkan tegas beliau, sekiranya masih terdapat maklumat baharu mengenai premis disyaki ...

Read More →
blank

Semangat juang bawa Kelantan Darul Naim perbaiki kedudukan Liga Super

SEREMBAN: Semangat juang yang tinggi menjadi faktor utama yang membawa kepada kejayaan pasukan Kelantan Darul Naim FC menumbangkan Negeri Sembilan FC (NSFC), 3-2, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini malam tadi.

Penolong ketua jurulatih pasukan itu, Rezal Zambery Yahya mengakui, ketika perlawanan itu menuju penghujung,  kemenangan kelihatan pudar apabila selepas pasukan tuan rumah berjaya mengikat jaringan kepada 2-2.

Namun katanya, jaringan pemain import kelahiran Palestin, Oday Ali Abdalrahim pada ...

Read More →
blank

Mampu Beli Sendiri Bayar ‘Cash’ Tapi Wanita Ini Mahu Kekasih ‘Belanja’ iPhone 16 ‘Installment’ 3 Tahun – “Selfish Tak I?”

Model terbaru keluaran Apple iaitu iPhone 16 menjadi rebutan ramai sejak ia dilancarkan baru-baru ini di Malaysia.

Termasuklah seorang wanita tidak dikenali ini yang bertanyakan pendapat orang ramai namun sebaliknya menerima kecaman.

Menerusi Twitter, wanita itu bertanya adakah dia dikira selfish jika meminta teman lelaki membelikan iPhone 16 walhal dirinya mampu mendapatkan gajet tersebut secara tunai.

Read More →

blank

Penyelia kilang rugi lebih RM1 juta ditipu perniagaan dalam TikTok

JOHOR BAHRU: Seorang penyelia kilang mengalami kerugian lebih RM1 juta akibat terpedaya dengan perniagaan yang diiklankan dalam aplikasi TikTok.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, wanita berusia 47 tahun itu mendakwa  mengetahui tentang perniagaan itu selepas mengenali seorang individu menerusi aplikasi Line, Julai lalu.

Perniagaan itu menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh masa singkat, namun mangsa perlu mendahulukan wang bagi membeli barangan ditempah pelanggan.

“Penghujung Julai lalu, mangsa membuat pembayaran pertama seperti diarah seorang ...

Read More →
blank

Mohamad Haizan mengundi di SK Kg. Melayu

KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu, di sini pagi ini.

Beliau yang diiringi Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.tiba di pusat tersebut pada pukul 10 pagi dan selesai mengundi 15 minit kemudian.

Berckap kepada pemberita selepas selesai mengundi, Mohamad Haizan bersyukur kerana proses pengundian berjalan lancar.

Ditanya mengapa lewat menunaikan tanggungjawab mengundi, beliau memberitahu menziarahi ibu mentuanya terlebih dahulu untuk memohon restu.

“Saya melawat ...

Read More →
blank

TH wujudkan Rajih tingkatkan kecekapan manasik haji

KOTA BHARU: Lembaga Tabung Haji (TH) dalam proses mewujudkan Pusat Rujukan Ibadat Haji (Rajih) sebagai inisiatif untuk mempertingkatkan kecekapan dan kajian menyeluruh terhadap isu-isu manasik atau cara-cara pelaksanaan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Rajih akan menjadi pusat rujukan bagi semua pembimbing haji yang mengumpulkan sumber-sumber berkaitan termasuk resolusi-resolusi terhasil daripada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK).

“Pada masa sama Rajih memainkan peranan sebagai sebuah pusat latihan bagi meningkatkan kemahiran semua pembimbing haji ...

Read More →
Page 956 of 1,987 «...930940950954955956957958...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X