KAMPAR: Jenazah ketiga-tiga mangsa lemas semasa mengikuti aktiviti berakit meredah jeram (white water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng petang tadi tiba di Unit Forensik, Hospital Kampar di sini kira-kira pukul 9.55 malam tadi.
Semua jenazah dibawa menaiki dua kenderaan di hospital tersebut untuk proses bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan, ketiga-tiga mangsa itu ialah Suhaili Mat Saad yang berumur 47 tahun, bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang menetap di Kampung ...