PETALING JAYA: Pasukan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Malaysia memahat sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi hari ini.
Pasukan Malaysia dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants (SRG) diketuai Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), Ilman Zareef Zulkifli (Gojes) dan ‘Gold Laner’ pasukan JP Niners, Ealtond Rayner (Lolealz).
Pasukan negara bermula baik apabila memenangi perlawanan pertama ...