Blog

10 lagu layak ke AJL39

SHAH ALAM: Pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-39 (SFMM39) memuktamadkan 10 lagu yang akan berentap pada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang dijadualkan berlangsung pada Januari, tahun depan.

Antara lagu yang melangkah ke AJL39 adalah Puas Sudah hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh (Marsha Milan), Terus Bersinar ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Datuk Arisz Ab Rahman (Hafiz Suip), Aura ciptaan Ernie Zakri, John Jeeves dan Firdaus Rahmat (Ernie Zakri) serta Pujaanku ciptaan ...

Read More →

Penganggur didakwa bunuh ibu saudara

blank

blank

IPOH: Seorang pengang­gur dihadapkan ke Mah­kamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya, minggu lalu. Tertuduh, Lee Hao Yi, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Siti Nora Sharif. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Lee … Read More →

blank

Taring Harimau Malaya belum cukup tajam

PETALING JAYA: Sentuhan penyudah dilihat belum cukup tajam dan ia menjadi antara aspek paling penting buat Harimau Malaya sebelum menentang lawan lebih sukar iaitu pasukan ranking ke-125 dunia, India di Stadium Gachibowli, Hyderabad, Isnin ini.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente tampak bergelut apabila terpaksa beraksi dalam keadaan padang becak sebelum menewaskan pasukan tangga ke-187 dunia, Laos 3-1 pada aksi persahabatan di Stadium PAT, Bangkok, kelmarin.

Tiga jaringan yang dihasilkan skuad kebangsaan adalah menerusi sepakan sudut pada babak pertama dan dua sepakan ...

Read More →
blank

Bersatu lebih sesuai kemudi PN

ARAU: Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih sesuai untuk kekal mengemudi Perikatan Nasional (PN) berdasarkan kebanyakkan pemimpinnya mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan.

Meskipun tidak dinafikan Pas mempunyai kekuatan akar umbi, namun Bersatu dilihat mempunyai lebih pengalaman dalam mengetuai gabungan itu khususnya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-17 (PRU17).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Abu Bakar Hamzah berkata, pengalaman Bersatu dan kekuatan akar umbi Pas itu menjadi kekuatan kepada kerjasama dalam PN.

Katanya, pengalaman luas Presiden Bersatu, Tan ...

Read More →
blank

Tiada pengalaman bukan lagi alasan dibayar gaji rendah

PETALING JAYA: Majikan yang terus memberi alasan kekurangan pengalaman dan kemahiran untuk tidak menaikkan gaji minimum graduan tidak lagi relevan dengan keadaan pasaran kerja masa kini.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Dr. Balakrishnan Parasuraman berkata, apa yang diperlukan adalah graduan boleh membuktikan mereka layak untuk diambil bekerja dengan menunjukkan kemahiran, pengetahuan dan sikap profesional yang dikehendaki dalam industri.

Menurut beliau, ini termasuk kemampuan untuk menyelesaikan tugas, kemahiran komunikasi yang baik serta kebolehan untuk bekerja dalam satu pasukan.

“Pengalaman ...

Read More →
blank

Jajaran rel utara 211 km Selangor dikenal pasti

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengenal pasti kawasan bagi jajaran rel yang meliputi kawasan Sabak Bernam dan merentasi Sepang sehingga Negeri Sembilan sepanjang 211 kilometer (km).

Laluan itu disokong oleh kemudahan dan kawasan ekonomi seperti Pelabuhan Barat, Klang, Putra Height dan Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan pengangkutan rel itu dinamakan sebagai Jajaran Rel Kita Selangor yang sedang dikenal pasti kebolehlaksanaan projek tersebut melalui satu kajian yang dijangka selesai pada Januari 2025.

“Pembinaan ...

Read More →
blank

Solat Jumaat 16 masjid di Rembau pada 8 November tidak sah

REMBAU: Sebanyak 16 buah masjid di sini, diminta menggantikan solat Jumaat pada 8 November lalu dengan solat Zuhur susulan khatib dikesan tertinggal satu rukun khutbah.

Masjid berkenaan adalah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah Batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Selain itu, ia turut melibatkan Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah ...

Read More →
blank

Kurikulum baharu prasekolah diperkenalkan 2026

PORT DICKSON: Kementerian Pendidikan bakal memperkenalkan kurikulum baharu prasekolah menjelang tahun 2026 dengan pengukuhan daripad segi bahasa iaitu 50 peratus dalam bahasa Melayu dan 50 peratus dalam Bahasa Inggeris.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga akan menumpukan kepada beberapa pendekatan pendidikan yang bersepadu dengan pengenalan model khas prasekolah Kementerian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta di peringkat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk dijadikan penanda aras.

Beliau menambah, perkara lain yang akan turut ...

Read More →
blank

Tiga mati lemas ketika aktiviti berakit di Gopeng

GOPENG: Tiga individu yang mengikuti aktiviti berakit meredah jeram (white water rafting) di Sungai Kampar di sini ditemukan mati lemas dalam kejadian kira-kira pukul 5.56 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, tiga mangsa yang melibatkan dua lelaki dan seorang wanita dewasa itu mengikuti program team building yang dianjurkan sebuah agensi kerajaan.

“Ketiga-tiga mangsa terlibat dalam aktiviti berakit meredah jeram itu sejauh enam kilometer  menyusuri sungai sebelum dihanyutkan arus deras selepas empat km.

“Semua mangsa berjaya ...

Read More →
blank

Pencemaran makin buruk, New Delhi tutup sekolah

blank

blank

NEW DELHI: Semua sekolah rendah di ibu negara India ditutup berikutan pencemaran udara yang semakin buruk di kawasan itu, lapor pegawai kerajaan. Dalam catatan di platform X, Ketua Menteri New Delhi, Atishi Marlena Singh berkata, kelas akan diteruskan secara dalam talian akibat kabus bertoksik yang menyelubungi bandar itu. Delhi dan bandar berdekatan sedang mengalami tahap … Read More →

Page 951 of 2,187 «...920930940949950951952953...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X