Blog

RKAT Menara Sri Pulai kini berwajah baharu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 keluarga yang menghuni Rumah Keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Menara Sri Pulai di sini kini boleh menghela nafas lega apabila tidak lagi berdepan masalah paip bocor, litar pintas, tekanan air rendah dan kotor yang kerap kali berlaku ketika menduduki unit kediaman sebelumnya.

Hal ini disebabkan sebahagian besar penghuni Menara Sri Pulai sebelum itu menduduki Rumah Keluarga TLDM di Menara Sri Tanjung yang sudah uzur dengan pelbagai masalah dilaporkan termasuklah isu resapan air di dinding sehingga ...

Read More →

Gadis maut, dua penumpang parah kereta bertembung SUV

KOTA BHARU: Seorang gadis maut manakala dua lagi parah selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka hilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas dirempuh sebuah lagi kereta lain dalam kejadian berhampiran kedai keropok losong, Jalan Kadok-Ketereh di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20-an meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan ...

Read More →
blank

Telok Gong jadi perintis polisi pelepasan sifar atasi pencemaran sungai

CYBERJAYA: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjangkakan kesemua kilang yang beroperasi tanpa ada permit sah di Telok Gong segera menyertai polisi pelepasan sifar.

Pengarahnya, Hasrolnizam Shaari berkata, kawasan itu malahan dipilih kerajaan negeri sebagai perintis projek susulan pencemaran teruk sisa industri di sekitar sungai terlibat.

“Inisiatif khas ini sudah dilancarkan lebih sebulan lalu dan setakat ini hampir 50 peratus komuniti kilang di situ telah pun memohon lesen,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, beliau menghadiri dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Bot ...

Read More →
blank

UMNO Perlis ada cara sendiri kembalikan sokongan rakyat

KANGAR: UMNO negeri tidak perlu lantang dalam beberapa isu berbangkit biarpun terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai strategi dan cara sendiri dalam meraih semula sokongan rakyat.

Beliau berkata, UMNO lebih mengutamakan politik kebajikan dengan turun ke bawah bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Walaupun ada beberapa isu berbangkit namun keutamaan kita adalah untuk terus turun ke bawah dalam menerangkan misi kita dan membantu ...

Read More →
blank

Tak Adil Untuk Saya & Syarikat

Pelawak dan usahawan sensasi, Shuib berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna TikTok yang mengeluarkan kenyataan fitnah membabitkan syarikat miliknya, Bubblebee Sdn Bhd.

Memetik Harian Metro, Shuib berkata, tuduhan dilemparkan individu tidak berasas serta mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit.

“Jika kesan tidak baik dan boleh mengakibatkan kerugian, perkara itu tidak adil untuk saya dan syarikat memandangkan tuduhan itu tidak berasas. Perniagaan saya ini membabitkan pelabur dan urusan perniagaan yang mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib berkata dia ...

Read More →
blank

“Kena Campak Skrip, Tengking Bukan Buli”

Pelakon jelita Rita Rudaini berkata sepanjang dia bergelar pelakon dia tidak pernah dibuli di set penggambaran seperti didakwa segelintir bakat baru.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata tindakan mencampak skrip atau ditengking di set penggambaran tidak boleh dianggap sebagai satu perbuatan buli.

Menurut Rita, tindakan tersebut mungkin berlaku disebabkan sikap pelakon itu sendiri yang tidak memberi fokus ketika berlakon.

“Sis pun pernah kena buli juga dekat set penggambaran. Dicampak tapi bukan skrip la, dicampak dengan kasih sayang. Kena campak skrip, tengking ...

Read More →
blank

Russia henti hantar gas ke Austria

blank

blank

VIENNA: Russia memberitahu Austria bahawa ia menggantung penghantaran gas melalui Ukraine mulai Sabtu, menandakan berakhirnya aliran gas terakhir Moscow ke Eropah. Laluan eksport gas tertua Russia ke Eropah, saluran paip sejak zaman Soviet melalui Ukraine, akan ditutup pada akhir tahun ini. Ukraine berkata, ia tidak akan melanjutkan perjanjian transit dengan Gazprom milik negara Russia, untuk … Read More →

blank

Wanita curi barang kemas sejak 2021 dipenjara 235 tahun

blank

blank

BANGKOK: Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama 235 tahun selepas didapati bersalah mencuri barang kemas bernilai lebih RM3.28 juta dari sebuah kedai emas tempatnya bekerja. Somjit Khumduang, ditangkap selepas pemilik kedai di Khon Kaen, timur Thailand, memeriksa rakaman CCTV dan mendapati wanita itu mencuri sebanyak 47 kali sejak 2021. Pemilik kedai mula curiga sejak dua … Read More →

blank

Nota bantahan terhadap Filipina jamin keselamatan perairan Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan isu berkaitan sempadan negara yang berpotensi dicerobohi susulan akta maritim baharu negara Filipina. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau telah memaklumkan kepada kerajaan Persekutuan tentang perkara itu dan Malaysia telah pun menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Nota bantahan itu dikemukakan kerana sempadan maritim yang dibuat oleh Filipina itu masuk ke sempadan negara kita. Jadi, kita serahkan kepada kerajaan ...

Read More →
blank

Seperti hilang seorang abang – Jamal Abdillah

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, menyifatkan pemergian komposer, S Atan sebagai berita yang menyedihkan, apalagi dia sudah menganggap arwah seperti abangnya sendiri.

Bercerita lanjut mengenai keperibadian S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, Jamal menyifatkan lagenda itu seorang yang tegas dan serius terhadap kerjayanya sebagai seorang pemuzik.

“Secara peribadi, saya menganggap arwah seperti abang sendiri.

“Dalam studio dia agak tegas dengan penyanyi baru. Namun kami sudah lama bekerjasama, jadi dia tahu cita rasa kami dan memberi ruang untuk saya mengalunkan lagu ...

Read More →
Page 948 of 2,187 «...920930940946947948949950...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X