KUALA LUMPUR: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow mencipta kejutan selepas menumbangkan pilihan pertama dari Mesir, Youssef Soliman pada perlawanan akhir Piala Skuasy Malaysia 2024, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di gelanggang kaca The Curve Damansara itu, Eain Yow selaku pilihan kedua tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Soliman 11-7, 11-7, 11-7 dalam tempoh 50 minit.
Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu berjaya merangkul gelaran kedua di Malaysia selepas kali terakhir mengungguli Terbuka Malaysia pada 2019.
Eain Yow yang ...