BANDAR BAHARU: Pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempunyai keupayaan mengesan kandungan dadah dan bahan terlarang di dalam cecair vape.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengesanan di peringkat awal juga boleh dilakukan susulan pelaksanaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 yang diluluskan Dewan Rakyat, Ogos lalu.
Katanya, dadah sintetik dan bahan khayal yang tampil dalam pelbagai nama serta bentuk termasuk di dalam cecair vape kini menjadi ancaman baharu khususnya kepada golongan pelajar.
“Kita ada keupayaan, pegawai ...