PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bakal memanfaatkan hasil kutipan denda kes alam sekitar bagi memantapkan lagi Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Perkara tersebut antara dibayangkan oleh menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai usaha serius dalam menangani isu pencemaran teruk melibatkan beberapa sungai di negara ini dan ada dibincangkannya dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
“Secara dasar, Kementerian Kewangan menyatakan keterbukaan namun saya berharap idea ini dapat direalisasikan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2025 nanti,” katanya kepada pemberita ...