PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu laporan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) bagi melengkapkan kertas siasatan kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang dipercayai sedang mengiring orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan selain menunggu laporan dari Puspakom.
“Semua mereka yang terlibat dalam kemalangan itu sudah dipanggil ...