BINTULU: Pelumba JCL Team UKYO, Matteo Malucelli membuktikan beliau seorang pakar pecut yang unggul selepas berjaya memintas wakil Tudor Pro Cycling. Arvid De Kleijn pada saat akhir untuk bergelar juara peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024), hari ini.
Dengan laluan terpanjang pada perlumbaan sejauh 199.3km itu, pelumba kelahiran Itali berkenaan berhasil tiba di garisan penamat dengan catatan masa empat jam 18 minit 3 saat (s) manakala dua pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvin ...