KANGAR: Tindakan sindiket yang bertindak menyembunyikan minuman keras tidak berkastam di dalam ruangan khas sebuah lori terbongkar menerusi pemeriksaan dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri di Terminal Feri Roll-On Roll-Off (RORO) Kuala Perlis, pada 6 November lalu.
Pengarah JKDM negeri, Ismail Hashim berkata, menerusi pemeriksaan pada pukul 12.10 tengah hari itu, pihaknya menemukan 1,626 botol dan 240 tin minuman keras yang dianggarkan bernilai RM172,244.40.
Beliau berkata, menerusi semakan, jumlah rampasan itu adalah membabitkan nilai cukai sebanyak RM217,815.16.
“Selain itu, JKDM ...