RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara merampas lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol cecair vape dalam sebuah kereta yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram Pak Su Rani di sini semalam.
Rampasan dilakukan pada pukul 9 malam hasil rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan ke atas kereta itu telah menjumpai lebih 900 unit rokok elektronik dan 390 botol perisa vape dipercayai ...