PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan kupon diskaun khas kepada pengunjung Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 hari ini bagi melancarkan operasi pembayaran saman di kaunter.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kupon itu dapat digunakan bagi menjelaskan saman secara dalam talian yang membantu menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan di kaunter pembayaran secara fizikal.
Kata beliau, pembayaran boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar ...