GOMBAK: Seniwati, Datuk Rosnani Jamil, 88, tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi mengenai sahabatnya, maestro muzik iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, yang meninggal dunia di kediamannya di sini, petang tadi.
Rosnani atau mesra disapa Mak Nani meluahkan, dia baharu saja berbicara mahu menjayakan galeri buat sahabatnya itu namun perkara tersebut tidak sempat direalisasikan .
“Mak dengan dia terlalu rapat. Kebetulan Mak baru balik dari Penang, merasmikan galeri untuk Allahyarham Nordin Ahmad bersama Persatuan Karyawan Pulau Pinang. Saya sudah rasmikan semalam. ...