MARAN: Seorang guru dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti memancing di Sungai Pahang berdekatan Jeti Chenor, Kampung Chenor di sini.
Mangsa, Murdani Ab. Rahman, 53, dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira pukul 6 petang hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Maran, Mohd. Nor Azhar Yusof berkata, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pahang dan ia disedari penduduk di situ.
“Orang awam membuat panggilan kepada pihak polis memaklumkan kejadian itu. Pihak polis telah membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Jeti Chenor,” ...