Umum mengetahui, nama pempengaruh media sosial Abang Tesla menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai poligami sekaligus diperkatakan ramai.
Terbaru, Abang Tesla dilihat ada memuat naik video bertanyakan kepada seorang ustaz mengenai nafkah batin iaitu perasaan serta hati seorang isteri.
Katanya lagi, dia sudah menyediakan nafkah secukupnya serta menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
“Orang sering persoalkan soal hati, untuk terima mungkin isteri akan sedih. Soal hati ini termasuk dalam nafkah batin. Adakah berdosa saya?” soalnya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen ...