KUALA LUMPUR: KHPT Holdings Berhad (KHPT) tampil di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada harga 29 sen yang mewakili sembilan sen atau 45 peratus premium daripada harga terbitan 20 sen sesaham, dengan jumlah pembukaan sebanyak 15.02 juta saham.
Syarikat berjaya mengumpul sejumlah RM21.73 juta melalui terbitan awam permulaan (IPO) sebanyak 108.64 juta saham biasa baharu pada harga 20 sen sesaham.
Daripada hasil kasar itu, lebih daripada 75 peratus akan digunakan untuk perbelanjaan modal, iaitu ...