Blog

“Kau Ni Normal Ke Tak?” – Ceo Helmie Buat Shuib Bengang Sekali Lagi

Tak cukup dengan menggelarkan pelawak, Shuib sebagai kambing hitam, individu yang dikenali sebagai CEO Helmie tampil membuat satu lagi kenyataan yang mencetuskan kemarahan pelawak itu.

Menerusi sebuah hantaran yang telah dimuat naik di Instagram akaun milik Shuib, ia memaparkan individu tersebut kononnya ingin menasihati Shuib supaya menyelesaikan masalahnya bersama para pekerjanya sebelum bersemuka dengannya.

Menurut pelawak itu, akaun TikToknya telah disekat oleh individu tersebut dan mesej yang telah dihantar secara peribadi kepada individu tersebut turut tidak dibalas.

Read More →
blank

Festival Warisan Nusantara 2024 di Perlis, festival terbesar rantau ini

KANGAR: Festival Warisan Nusantara 2024 (Warisan’24) yang akan berlangsung di Perlis pada 6 hingga 8 Disember depan bakal menjadi salah satu festival terbesar di rantau ini.

Acara kebudayaan itu akan diadakan di Dewan Wawasan 2020, di sini, dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik.

Pengarah Festival Warisan’24, Amir Izwady Abu Bakar berkata, penganjuran festival itu diadakan bersempena Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMPs) yang bertujuan bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan unggul dengan memperkenalkan keunikan budaya dan warisan tempatan.

“Warisan’24 menawarkan pelbagai aktiviti menarik ...

Read More →
blank

Young Tiger benam China 5-2

PETALING JAYA: Pasukan hoki remaja kebangsaan membuka tirai saingan Piala Asia Remaja 2024 dengan bergaya selepas berjaya menewaskan China 5-2 di Oman, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman, Muscat itu, Young Tigers bermula hambar apabila China membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan penalti sudut, Wang Yubo.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Che Nur Aqirullah pada minit ke-17 dan keputusan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak ...

Read More →
blank

Jovian Minta Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri

Ahad lalu, bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Jovian dilihat ada memuat naik hantaran mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sementara itu, Jovian turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan pasangan tersebut.

“Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat,” tulisnya.

Read More →
blank

Dato Seri Vida Akan Cabar Tuntutan Perintah Sita Kediaman & 4 Kenderaan – Peguam

Peguam Dato Seri Vida iaitu Datuk Adnan Seman mengesahkan usahawan itu bakal mencabar tuntutan perinatah sita kediaman dan empat kenderaan mewah miliknya yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Adnan, dia telah menerima arahan daripada usahawan berusia 53 tahun itu untuk mencabar tuntutan yang dibuat.

Saya baru menerima kertas kausa dan dokumen-dokumen berkaitan projek terbabit. Arahan daripada anak guam (Datuk Vida) adalah ...

Read More →
blank

Potongan Sebanyak 15% Untuk Tiket MAS?! Jom Tempah Tiket Penerbangan Dalam Talian Sekarang!

Untuk anda yang suka travel, kami ada berita menarik nak kongsi dengan anda, di mana Malaysia Airlines tengah buat offer ‘MH Online Specials’ khas untuk anda! 

Menariknya, anda berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk penempahan tiket penerbangan dalam talian di laman web Malaysia Airlines dan tawaran ini bermula sekarang sehingga 2 Disember 2024 saja tau! Wow, seriuslah?!

Bukan itu saja, anda juga boleh menempah destinasi impian* ...

Read More →
blank

Enam termasuk wanita ditahan berkait kes curi Ferrari

PETALING JAYA: Polis menahan seramai enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes curi kereta jenis Ferrari dianggarkan bernilai RM300,000 di Hulu Kelang dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an berkaitan kehilangan kenderaan terbabit pada 17 November.

Katanya, ketika kejadian, kenderaan terbabit dihantar di pusat mencuci kenderaan di Hulu Kelang dekat sini sebelum dikesan hilang dipercayai telah dicuri.

“Susulan itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ampang Jaya telah ...

Read More →
blank

Pelajar IPT diingat elak aktiviti luar ketika Monsun Timur Laut

PUTRAJAYA: Para pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti-aktiviti luar terutamanya rekreasi di air susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya menyerahkan kepada pengurusan IPT masing-masing bagi membuat pertimbangan dalam mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan sepanjang musim tersebut.

“Saya ingin mengingatkan semua, ketika musim tengkujuh ini khususnya (pusat pengajian) yang terletak di kawasan Pantai Timur, langkah-langkah (berjaga-jaga) hendak lah dibuat di peringkat IPT termasuk politeknik ...

Read More →
blank

“Kontraktor Enjoy Makan Duit Dulu, Kerja Tak Siap”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida berkata dia akan memberi penjelasan sebaik saja tiba di Malaysia kelak mengenai dakwaan gagal menjelaskan bayaran baki kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan sebanyak RM1,060,285 pada 2018.

Memetik Kosmo, Vida yang kini berada di Shanghai, China berkata,  dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan isu berkenaan apabila pulang ke tanah air.

“Sekarang saya cuma boleh cakap biasanya projek bayar dulu bukan buat dulu baru claim. Dalam kes saya, kontraktor ‘enjoy’ makan duit dulu, kerja tak siap.

“Balik ...

Read More →
blank

Fatin Afeefa Bangga Anak Raih Semua A Peperiksaan Akhir Tahun

Pelakon Fatin Afeefa berkongsikan anaknya, Ivy Herra Sophia memperoleh semua A dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fatin mengucapkan tahniah di atas pencapaian membanggakan anaknya itu serta dapat dilihat reaksi gembira Ivu menunjukkan markah peperiksaannya.

“Congrats Joyah,” ujar Fatin dalam video berkenaan.

Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah.

Untuk rekod, Ivy merupakan anak hasil perkahwinan Fatin dengan bekas suaminya, Adam ...

Read More →
Page 914 of 2,189 «...890900910912913914915916...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X