PUTRAJAYA: Dua pengikut ajaran sesat `Tuhan Harun’, terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkannya menjalani hukuman penjara maksimum 40 tahun kerana membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, 11 tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian terhadap Shamsinar Abdul Halim, 47, dan Sumustapha Suradi, 50, selepas membenarkan permohonan semakan untuk mengetepikan hukuman mati yang diputuskan terhadap mereka.
Beliau yang bersidang bersama-sama Presiden ...