KANGAR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan membuka ruang dan peluang kepada atlet-atlet yang komited untuk berjuang buat negara dalam mana-mana temasya sukan khususnya di peringkat antarabangsa.
Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, badan itu mengambil pendirian berkenaan bagi memastikan atlet-atlet yang mewakili negara mempunyai kesinambungan rekod dan tidak hanya menyertai pertandingan tertentu sahaja.
Katanya, atlet-atlet yang menjalani latihan di luar negara juga perlu mempamerkan prestasi yang terbaik terlebih dahulu.
“Mereka (atlet) kena ada rekod kesinambungan, ini kerana dulu ada juga atlet yang ...