Blog

Nadma diarah hantar segera khemah ke Kelantan

blank

KOTA BHARU: Kerajaan akan menggunakan khemah-khemah milik Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) dari negeri yang tidak terjejas dengan banjir ketika ini untuk membantu rakyat Kelantan yang sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan itu dihulurkan selepas beliau menerima maklumat PPS di negeri ini … Read More →

blank

Banjir Thailand: 130,000 penduduk terjejas

BANGKOK : Lebih 130,000 penduduk di tujuh wilayah selatan Thailand terjejas akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu, dengan ramalan cuaca menjangka hujan akan berlarutan hingga 3 Disember depan. 

Hujan lebat yang melanda kesemua wilayah selatan sepanjang Teluk Thailand turut menyebabkan beberapa perkhidmatan kereta api dihentikan, khususnya di laluan antara Pattani dan Yala.

Pejabat Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran baharu berhubung hujan lebat yang dijangka melanda lapan wilayah sehingga Ahad ini, ...

Read More →
blank

Aaron bidik gelaran Jelajah Dunia Akhir

KUALA LUMPUR: Peluang beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China terbuka besar selepas ketidakhadiran beberapa pasangan terbaik dunia pada pertandingan terbabit.

Perlumbaan ke Hangzhou yang berakhir minggu lalu, menyaksikan beregu No.1 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, pasangan No. 2 dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan serta Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India gagal melayakkan diri ke kejohanan terakhir musim ini.

Bagaimanapun, Aaron enggan mendabik dada, sebaliknya berwaspada ...

Read More →
blank

Dua beradik maut, seorang cedera tertimbus tanah runtuh

HULU TERENGGANU:  Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera setelah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil, dekat sini, petang tadi.

Mangsa yang maut ialah Puteri Sajidah Azman,16, dan Siti Fatimah Azman, 13, manakala abang mereka Uzair Azman,17, yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Dalam kejadian itu, dua beradik lagi yang berada dalam rumah itu berjaya menyelamatkan diri, manakala ibu mereka merupakan seorang ibu tunggal dan seorang lagi anaknya pula tidak berada di ...

Read More →
blank

Calon SPM terjejas banjir boleh duduki peperiksaan di mana-mana pusat

KOTA BHARU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di beberapa negeri yang terjejas banjir boleh menduduki peperiksaan itu di mana-mana pusat peperiksaan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah drastik itu bertujuan memastikan setiap calon SPM dapat menduduki peperiksaan dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, bukan itu sahaja semua pusat-pusat peperiksaan telah dipersiapkan dengan pelbagai langkah-langkah bagi memboleh mereka menerima mana-mana calon dari luar daerah.

“Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan-kawasan terlibat ...

Read More →
blank

Putin ancam serang Kyiv guna peluru berpandu hipersonik

KYIV: Presiden Russia, Vladimir Putin mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Kyiv menggunakan peluru berpandu hipersonik baharu, Oreshnik. 

Ancaman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Moscow melancarkan serangan besar-besaran terhadap sistem tenaga Ukraine, yang menyebabkan lebih sejuta penduduk terputus bekalan elektrik.

Kyiv memaklumkan lebih 90 peluru berpandu dan 100 dron dilepaskan oleh Russia dalam serangan tersebut, yang didakwa Kremlin sebagai ‘tindak balas’ terhadap serangan Ukraine menggunakan peluru berpandu buatan Barat ke wilayah Russia.

“Kami ...

Read More →
blank

Piala Malaysia: TFC tempah tiket ke suku akhir

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) berjaya menempah slot ke perlawanan suku akhir Piala Malaysia selepas mengatasi Melaka FC dengan agregat 4-1 setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam tadi.

Naib juara Piala Malaysia musim lalu itu bakal berhadapan dengan Negeri Sembilan bagi aksi suku akhir nanti.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi hambar ekoran keadaan padang yang basah dan lecak akibat hujan lebat sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Melaka yang membawa misi sukar bertempur ...

Read More →
blank

Negeri Sembilan FC layak ke suku akhir Piala Malaysia

PETALING JAYA: Negeri Sembilan FC (NSFC) melakukan kebangkitan untuk memastikan tiket ke suku akhir Piala Malaysia menjadi milik mereka apabila menewaskan PDRM FC 3-0 sekali gus mencatat kemenangan agregat 4-2 dalam aksi timbal balik pusingan 16 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Skuad kendalian P. Maniam yang sebelum ini menewaskan NSFC 2-1 pada Ahad lalu gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila gawang mereka bolos seawal minit keenam menerusi gol sendiri Eizrul Ashraf Nor Effendy berpunca daripada sepakan ...

Read More →
blank

PLD Kangar harumkan nama Perlis, muncul juara kejohanan NFDP peringkat kebangsaan

KANGAR: Pusat Latihan Daerah (PLD) Kangar bawah 16 tahun mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara kejohanan Bola Sepak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) PLD peringkat kebangsaan yang berlangsung di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Pahang baru-baru ini.

PLD Kangar berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi menjadi juara kumpulan dan berjaya menewaskan pasukan PLD NFDP Pulau Pinang di pentas akhir menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedudukan seri 0-0.

Dalam kejohanan itu, pasukan PLD Kangar bawah 14 tahun turut ...

Read More →
blank

Hari kedua gencatan senjata, Israel lepas tembakan ke penduduk

BEIRUT: Sekurang-kurangnya dua cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk yang cuba kembali ke kawasan tertentu di selatan Lubnan kelmarin, pada hari kedua gencatan senjata dengan Hezbollah.

Agensi Berita Nasional Lubnan berkata, dua orang cedera akibat tembakan Israel di Markaba, berhampiran sempadan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Media itu melaporkan, Israel turut melepaskan tembakan meriam di tiga lokasi lain berhampiran sempadan, namun tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa.

Wartawan Associated Press

Read More →
Page 899 of 2,189 «...870880890897898899900901...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X