KOTA BHARU: Sebanyak 10 runtuhan tanah dan cerun melibatkan jalan jalan persekutuan akibat banjir telah dikesan berlaku di negeri ini sejak minggu lalu.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata, jalan di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang antara lokasi yang dikesan berlaku runtuhan.
Menurutnya, di Gua Musang sebanyak tiga kawasan terjejas sudah dikenal pasti iaitu Jalan Aring 8 dan Jalan Lojing-Gua Musang dekat Kampung Jekjok, Pos ...