PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pembekuan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dibuat sewenang-wenang sebaliknya tertakluk kepada Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amlaftpuaa) 2001.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, sitaan dibuat kerana ia berkaitan dengan siasatan serta pendakwaan dan tidak boleh dilepaskan sehingga selesai perbicaraan.
“Seksyen 50(1) adalah berkenaan dengan penyitaan harta alih dalam ...