Ingin keluar rumah dan tinggal secara berasingan dipercayai menjadi punca bekas model, Zahnita Dorothy Hussein Wilson menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata menerusi siasatan awal didapati keputusan itu menyebabkan suaminya marah dan mula bertindak mengasari Zahnita.
Berikutan itu, laporan polis dibuat oleh mangsa pada 27 November lalu dan suami mangsa ditahan semalam, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Hari ini suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan ...