Blog

Ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu, disiasat bawah Seksyen 302

PETALING JAYA: Polis menemukan bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada Disember tahun lalu yang turut membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme itu kelmarin. Pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di kediaman keluarga mereka… … Read More →

Aksi ‘yo-yo’ kem badminton undang resah

PETALING JAYA: Aksi tidak konsisten atlet badminton khususnya yang layak ke pentas Olimpik Paris 2024 mencetuskan kebimbangan dengan temasya terbesar dunia itu akan membuka tirai kurang dua bulan lagi. Selepas gagal menepati sasaran di Masters Malaysia, minggu lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Pearly Tan-M.Thinaah sekali lagi mempamerkan aksi hambar… … Read More →

Keahlian wakil rakyat paling tadah gugur?

PETALING JAYA: Seramai 25 ahli Parlimen dan 58 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menandatangani surat arahan khusus Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti. Ini bermakna enam ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini didapati tidak berbuat demikian memandangkan keseluruhan sebenar anggota Dewan Rakyat Bersatu adalah seramai 31… … Read More →

Bekas Datuk Bandar ditahan disyaki terima rasuah lebih RM1 juta

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang menahan seorang bekas Datuk Bandar di negeri ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta. Menurut sumber, suspek berusia 63 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 4 petang tadi. Suspek disyaki menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah… … Read More →

Trump akan fail rayuan, gelar hakim seperti ‘syaitan’

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mensabitkan dirinya sebagai Presiden negara pertama berdepan kesalahan jenayah. 

Beliau membuat kenyataan itu walaupun perlu menunggu sehingga 11 Julai depan bagi mengetahui bentuk hukuman yang akan diputuskan oleh pihak juri.  

“Jika mereka boleh melakukan perkara ini terhadap saya, mereka boleh buat pada sesiapa sahaja. 

“Kita akan membuat rayuan terhadap pertuduhan palsu ini,” katanya semasa berucap dalam tempoh setengah jam ...

Read More →

Li Jane juara Greater Nashville Classic

PETALING JAYA: Pemain boling wanita negara, Sin Li Jane muncul juara Greater Nashville Classic di Pusat Boling Smyrna, Tennessee di Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Cherie Tan dari Singapura 257-208 dalam aksi final, kelmarin. Sebagai satu-satunya pemain yang memenangi dua gelaran musim ini, Li Jane kini mendahului dalam saingan Anugerah Pemain Terbaik Jelajah Persatuan Boling… … Read More →

Beri penjelasan tentang kontena syarikat perkapalan Israel – Pandak

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan diminta memberi penjelasan tentang kemasukan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini sejak minggu lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, perkara itu mencetuskan kemarahan rakyat, khususnya yang beragama Islam yang bersolidariti bersama-sama rakyat Palestin. Katanya, perjaka itu nyata bertentangan… … Read More →

Parti pemerintah Afrika Selatan hilang majoriti

JOHANNESBURG: Bekas Presiden, Jacob Zuma muncul sebagai pemenang terbesar dalam Pilihan Raya Umum Afrika Selatan apabila parti baharunya, uMkhonto we Sizwe Party (MK) menewaskan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah negara itu. 

Dengan lebih 90 peratus undi dikira pada petang Jumaat, MK dilihat berada di puncak untuk merebut kuasa di KwaZulu Natal dengan kemenangan selesa termasuk di wilayah yang ANC tidak pernah tewas sejak pilihan raya pasca-apartheid pertama pada 1994. 

Di peringkat nasional, apabila keputusan ...

Read More →

Mohamed Khaled adakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura

SINGAPURA: Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Singapura, Lawrence Wong hari ini. Pertemuan tersebut yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Istana di sini dibuat sempena lawatan kerja rasmi Mohamed Khaled ke republik itu selama empat hari bermula 30 Mei lalu. Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit, Mohamed Khaled… … Read More →

Page 883 of 1,588 «...860870880881882883884885...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X