PETALING JAYA: Jumlah keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu (TRM) adalah sebanyak 4,955,870.89 hektar melibatkan 10 negeri dan wilayah setakat 30 Jun lalu.
Jumlah itu mencatatkan penurun 21,212.48 hektar berbanding 4,977,083.37 hektar yang dilaporkan 10 Julai lalu.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jumlah itu tidak melibatkan Pulau Pinang dan Melaka berikutan kedua-dua negeri tersebut tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.
“Kementerian ini, melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan ...