PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan pertumbuhan 15.3 peratus dalam perbelanjaan modal (Capex) korporat untuk 2024, menunjukkan peningkatan keyakinan daripada pelabur domestik dan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif MARC Ratings Berhad.
Rajan Paramesran berkata, peningkatan itu mencerminkan dasar ekonomi negara yang kukuh dan inisiatif yang berterusan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi dalam pelbagai sektor.
“Malaysia kekal komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan perniagaan.
“Peningkatan ini mencerminkan kepercayaan pelabur terhadap potensi ekonomi jangka panjang kami,” katanya semasa webinar MARC360 Overview ...