PETALING JAYA: Malaysia berduka atas kehilangan seorang pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh kejam oleh rejim Zionis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik.
“Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini dan ternyata percubaan rejim Zionis untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya.
“Walhasil, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian ...