KUALA PILAH: Kerajaan kini memberi tumpuan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar yang berkeluasan kira-kira 91,000 hektar di seluruh negara antaranya dengan tanaman padi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia termasuklah di kawasan tanah terbiar yang berada di negeri-negeri di kawasan luar jelapang padi seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Jelasnya, di negeri-negeri itu sememangnya mempunyai banyak kawasan sawah yang boleh dipulihkan semula selain mempunyai tanah terbiar yang berpotensi untuk diusahakan dengan ...