ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular di media sosial melibatkan beberapa individu termasuk seorang lelaki didakwa pegawai kepada Menteri Besar Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian itu daripada dua lelaki berusia 48 dan 54 tahun masing-masing pada pukul 1.25 pagi dan 10.58 pagi, hari ini.
Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 11.50 malam tadi di ...