Penerbit dan komposer, Man Senoi meminta agar Datuk AC Mizal dan anggota kumpulan 4U2C untuk datang bertemu dan meminta izin sekiranya mahu menggunakan 25 lagu ciptaannya untuk Konsert WE 4U2C yang bakal berlangsung pada September depan.
Lebih 30 tahun diam
Memetik laporan Mstar, Man Senoi atau nama sebenarnya Othman Masri berkata, dia mempunyai hak mutlak terhadap karya berkenaan malah dia tidak menghalalkan sekiranya kumpulan itu meneruskan konsert dengan menyanyikan lagu ciptaannya itu.